Amalan sogit masyarakat Dusun di Sabah dalam menghadapi musibah kematian: Analisis perspektif Islam

Mohammad Firdaus Hasmin and Syamsul Azizul Marinsah and Suraya Sintang (2022) Amalan sogit masyarakat Dusun di Sabah dalam menghadapi musibah kematian: Analisis perspektif Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7. pp. 220-233.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (293kB) | Request a copy

Abstract

Kematian merupakan perkara yang pasti akan dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa. Oleh sebab itu, dalam menghadapinya pelbagai kepercayaan, amalan, cara dan adat yang wujud bagi mengendalikan peristiwa yang mengerikan tersebut. Perkara ini, termasuklah etnik Dusun di Sabah yang kaya dengan pelbagai jenis amalan dan adat isitiadat yang diwarisi daripada datuk nenek moyang mereka. Sehinggalah ke hari ini, amalan yang diwarisi tersebut masih ada yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat Dusun di Sabah. Salah satunya adalah amalan sogit dalam menghadapi musibah kematian. Sehubungan itu, kajian ini cuba melihat amalan-amalan sogit yang masih dilaksanakan ketika menghadapi musibah kematian dan membuat penilaian berdasarkan perpsektif Islam terhadap status pengamalan amalan sogit tersebut dalam kalangan masyarakat Dusun Islam. Justeru, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berlandaskan kaedah temubual, dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa, amalan sogit dalam menghadapi musibah kematian ini sebahagiannya mengandungi kepercayaan khurafat dan bercanggah dengan agama Islam, dan sebahagiannya lagi menepati syariat Islam. Oleh itu, amalan sogit yang didapati berunsurkan khurafat perlu dibanteras sepenuhnya dalam kalangan masyarakat Dusun Islam. Manakala amalan yang menepati syariat, tidak harus diketepikan kerana mempunyai pelbagai hikmah dan bertepatan dengan syariat Islam.

Item Type: Article
Keyword: Amalan, Sogit, Dusun, Kematian, Perspektif Islam
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Feb 2024 09:54
Last Modified: 27 Feb 2024 09:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38370

Actions (login required)

View Item View Item