Geospatial Kampung Air dan Hubungannya dengan Kelestarian Kebersihan di Muara Sg. Darau, Sg. Inanam dan Sg. Buat, Kota Kinabalu, Sabah

Mustapa Abd Talip and Zaini Othman and Mohammad Tahir Mapa (2023) Geospatial Kampung Air dan Hubungannya dengan Kelestarian Kebersihan di Muara Sg. Darau, Sg. Inanam dan Sg. Buat, Kota Kinabalu, Sabah. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 20. pp. 1-12. ISSN 1823-884x

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (38kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Permasalahan tentang petempatan kampung air merupakan satu fenomena persekitaran yang kurang mendapat sambutan dan sokongan oleh kebanyakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menganggap sebagai satu parasit bagi sesuatu landskap bandar. Di samping itu, struktur dan organisasi perkampungan air yang tidak teratur telah menambahkan lagi tanggapan negatif malah menjadi bebanan kepada pihak PBT daripada aspek pengurusan dan pentadbiran. Ketidakaturan persekitaran kampung air telah mengundang pelbagai fenomena sampingan terutamanya isu kebersihan. Serakkan sisa pepejal di lingkungan alur di muara sungai telah menyumbang tahap kebersihan yang tercemar sangat signifikan. Dalam meneliti kelestarian kebersihan tersebut, isu utama yang perlu difokuskan ialah data lokasi yang menyumbang kepada fenofena tersebut. Oleh itu, pendekatan geospatial diaplikasikan dalam mengenalpasti data serakan sisa pejal yang telah menjadi masalah kepada pihak berkuasa tempatan dalam menangani masalah kebersihan di sekitar perkampungan air. Tiga objektif penelitian difokuskan iaitu, mengenalpasti guna tanah dan pola petempatan kampung air dalam bentuk susun atur, memetakan zon penampanan riparian serta memetakan lokasi kluster kampung air yang menjadi titik panas (hot spot) atau punca sampah memasuki alur sungai. Oleh itu, data geospatial daripada ketiga-tiga objektif yang difokuskan digunakan sebagai kaedah analisis untuk memetakan kelestarian kebersihan di kawasan perkampungan air di muara Sg. Darau. Sg. Inanam dan Sg. Buat di dalam sempadan bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Item Type: Article
Keyword: geospatial; Kampung Air; guna tanah; kelestarian; titik panas
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > GE1-350 Environmental sciences > GE300-350 Environmental management
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA71-90 Instruments and machines > QA75.5-76.95 Electronic computers. Computer science
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 29 Feb 2024 08:45
Last Modified: 29 Feb 2024 08:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38387

Actions (login required)

View Item View Item