Adaptasi pengusaha bot pukat tunda dalam kelangsungan ekonomi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 di Tanah Merah, Sandakan

Ridzuan Asri and Ang, Kean Hua and Dg Junaidah Awang Jambol and Mohammad Al Amir As Khairullah (2022) Adaptasi pengusaha bot pukat tunda dalam kelangsungan ekonomi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 di Tanah Merah, Sandakan. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM), 7. pp. 75-93. ISSN 0128-178X

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (66kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (373kB) | Request a copy

Abstract

Aktiviti bot pukat tunda merupakan salah satu kegiatan aktiviti penangkapan hidupan laut bagi memenuhi keperluan makanan laut di pasaran dan adalah sebuah industri yang amat penting kerana aktiviti perikanan adalah sub-sektor pertama yang menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun, kewujudan pandemik COVID-19 telah menjadi cabaran besar bagi sektor perikanan bukan sahaja di Malaysia malahan di negara luar. Oleh itu, kajian ini memfokuskan tentang isu berkaitan pandemik COVID-19 dengan aktiviti perusahaan bot pukat tunda dalam kalangan pengusaha iaitu nelayan di Sandakan. Kajian ini dijalankan adalah bagi mengetahui persepsi dan pengalaman pengusaha bot pukat tunda, serta mengkaji adaptasi yang diambil oleh pengusaha bot pukat tunda bagi mengatasi kesan pandemik COVID-19 terhadap kelangsungan ekonomi mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melibatkan kaedah temubual mendalam dengan beberapa orang informan iaitu pengusaha bot pukat tunda di Sandakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi dan pengalaman yang ditunjukkan oleh pengusaha bot pukat tunda adalah dibahagikan kepada tiga iaitu sebelum pandemik, semasa pandemik dan selepas iaitu berbentuk pengalaman dan hasil dapatan didapati hampir keseluruhan responden kajian memberikan persepsi yang sama mengenai impak pandemik kepada mereka. Objektif kedua adalah bentuk adaptasi yang diambil iaitu terdapat dua bentuk utama, pertama adalah berdasarkan pengalaman lepas iaitu pengusaha beradaptasi dengan impak pandemik ini menggunakan pengetahuan dan pengalaman lepas dan membuat persediaan bagi menghadap sebarang kemungkinan jika peristiwa tersebut berlaku; dan kedua adalah dengan bentuk amalan iaitu langkah yang biasa diambil bagi mengatasi impak tesebut sepanjang tempoh pandemik. Kesimpulannya, kajian selanjutnya yang mengenai keberkesanan bantuan daripada pihak kerajaan dalam membantu golongan nelayan adalah amat diperlukan. Hal Ini kerana faktor-faktor bantuan kerajaan adalah berhubungkait dengan bentuk adaptasi yang diambil oleh pengusaha bot di Tanah Merah, Sandakan.

Item Type: Article
Keyword: Pengusaha bot pukat tunda, Pandemik covid-19, Adaptasi nelayan, Kualitatif, Temubual
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB522-715 Income. Factor shares
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Feb 2024 10:27
Last Modified: 29 Feb 2024 10:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38399

Actions (login required)

View Item View Item