Kesenian alat muzik lambang tradisi kaum Melayu Brunei pantai barat Sabah

Nurfarain Abdul Rahman and Mohd Sohaimi Esa and Saifulazry Mokhtar and Sharifah Darmia Sharif Adam (2022) Kesenian alat muzik lambang tradisi kaum Melayu Brunei pantai barat Sabah. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM), 7. pp. 136-147.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (474kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang kesenian alat muzik lambang tradisi kaum Melayu Brunei di pantai barat, Sabah. Menyentuh aspek kesenian, ia merupakan sebahagian daripada budaya yang kaya dengan homogen serta keindahannya. Suku kaum ini mempunyai kesenian yang tersendiri mengikut budaya dan agama masing-masing. Bagi kaum yang beragama Islam, mereka menggunakan seni alat muzik untuk tujuan yang tidak bercanggah dengan agama sekali gus melambangkan tradisi kehidupan sesuatu kaum terutamanya kaum Melayu Brunei di pantai barat Sabah. Kulintangan dan gambus telah dianggap sebagai satu tradisi alat muzik bagi kaum tersebut. Alat muzik ini telah lama dikenali oleh kaum lain, malah ia sering dimainkan semasa majlis perkahwinan, festival dan sebagainya. Alat muzik kaum Melayu Brunei mempunyai persamaan dan perbezaan dari kaum lain di Sabah. Walau bagaimanapun, skop kajian tertumpu di pantai barat Sabah kerana kawasan ini masih mengekalkan alat muzik sebagai kesenian tradisi kaum Melayu Brunei. Dalam kajian ini, pendekatan kaedah kualitatif diaplikasikan sebagai metodologi bagi memperolehi hasil dapatan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan persepsi kaum Melayu dalam penerimaan seni alat muzik sebagai tradisi dan usaha-usaha yang dilakukan oleh kaum Melayu Brunei serta usaha-usaha kaum Melayu Brunei dan pihak berkepentingan untuk melestarikan tradisi kulintangan dan gambus sebagai seni alat muzik.

Item Type: Article
Keyword: Lambang, Tradisi, Melayu, Alat muzik, Sabah
Subjects: M Music and Books on Music > ML Literature on music > ML1-3930 Literature on music > ML159-3785 History and criticism > ML3544-3776 Folk, national, and ethnic music
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Feb 2024 11:05
Last Modified: 29 Feb 2024 11:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38413

Actions (login required)

View Item View Item