Pembangunan minuman jus roselle campuran nanas

Aik, Wei Shi (2007) Pembangunan minuman jus roselle campuran nanas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000530.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mempelbagaikan produk roselle dengan menghasilkan minuman jus campuran yang berkhasiat daripada roselle dan nanas. Ujian sensori peringkat pertama ialah ujian pemeringkatan BIB. Formulasi F3, F6, F9 dan F2 dipilih kerana mendapat skor yang terendah. Seterusnya ujian hedonik dijalankan untuk mendapat formulasi yang terbaik iaitu formulasi F3. Keputusan min bagi kesemua atributnya adalah paling tinggi iaitu warna (5.43 ± 1.00), aroma (5.47 ± 1.04), rasa manis (5.50±1.22), rasa masam (5.30 ± 1.26), keseimbangan rasa (5.43 ± 1.22) dan rasa keseluruhan (5.70 ± 0.98). Ujian analisis proksimat dijalankan terhadap produk akhir untuk menentukan kandungan nutriennya. Kaedah pengekstrakan Soxhlet digunakan untuk menganalisis kandungan lemak, pengabuan kering untuk menentukan kandungan abu, penghadaman asid alkali untuk menentukan serabut kasar, kaedah penyulingan untuk penentuan protein dan kaedah pembezaan untuk penentuan karbohidrat. Keputusan kajian menunjukkan sam pel mengandungi 88.72 ± 0.07% lembapan, 0.70 ± 0.03% abu, 0.88±0.01 % protein, 0.43 ± 0.01 % lemak, 0.84 ± 0.02% serabut kasar dan 8.41 ± 0.16% karbohidrat. Ujian mutu simpanan dijalankan selama empat minggu untuk produk akhir dengan menjalankan ujian fizikokimia, ujian mikrobiologi dan ujian sensori (ujian perbandingan berganda). Ujian fizikokimia menunjukkan pH dalam penyimpanan mengalami penurunan dari 3.92 ± 0.03 hingga 3.73 ± 0.01 dan jumlah pepejal terlarut menurun dari 13.2 ± 0.OO° Briks hingga 12.8 ± 0.00° Briks pada akhir ujian mutu simpanan. Ujian mikrobiologi yang dijalankan pada suhu sejuk dingin (5 ± 2°C) didapati bahawa hayat simpanannya adalah dalam tempoh masa tiga minggu kerana masih berada pada tahap yang selamat. Ujian perbandingan berganda telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara minuman jus segar dengan minuman jus pada akhir tempoh penyimpanan. Ujian pengguna menunjukkan bahawa produk ini amat disukai dan diterima oleh pengguna kerana terdapat 71% pengguna akan membeli dan 25% pengguna mungkin membeli produk ini jika ia dipasarkan. Kajian rekaan label menunjukkan rekaan label pertama (66%) paling disukai oleh pengguna disebabkan wamanya dan rekaannya yang lebih menarik. Melalui kesemua ujian yang telah dijalankan, minuman jus roselle campuran nanas ini mempunyai tahap penerimaan yang tinggi. Oleh itu, produk ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Product Roselle, Nutritious drink, Roselle, Pineapple
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 19 Apr 2012 08:18
Last Modified: 23 Oct 2017 11:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3842

Actions (login required)

View Item View Item