Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap kesejahteraan komuniti Kampung Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Jetendra, M. H and Yusoh, M. P and Mapjabil, J and Nazry, N. F (2023) Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap kesejahteraan komuniti Kampung Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Quantum journal of social sciences and humanities, 4 (6). pp. 1-16. ISSN 1881-1941

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (444kB) | Request a copy

Abstract

Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bagi membendun penularan pandemik COVID-19. Akibat pelaksanaan itu, kesan yang ketara dialami oleh penduduk terutamanya komuni pulau di Sabah disebabkan kejutan dan pengalaman yang baharu dalam menangani wabak penyakit pandemik. Kajian mengenaik impak pelaksanaan PKP adalah suatu pengalaman yang baharu dalam Malaysia terutamnya kepada komuniti pulau. Sehingga hari ini,dokumentasi dalam penyelidikan sain sosial mengenainya masih kurang dan terhad. Untuk kajian in yang meneliti implikasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap kesejahteraan komuniti pulau. Kajian ini menggunakan pendekatan eksplorasi dan evaluatif, iaitu suatu usaha untuk mengeksplorasi respon kumpulan komuniti berkenaan dan sekali gus menilai impak yang dialami dalam menghadapi pandemik ini. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kes iaitu di Kampung Pulau Gaya, Pulau Gaya di Kota Kinabalu, Sabah dengan penekanan terhadap deskripsi tentang fenomena dan tingkah laku. Hasil kajian menunjukkan bahawa implikasi Perintah Kawalan Pergerakan terhadap kesejahteraan Ekonomi iaitu impak terhadap peluang pekerjaan komuniti pulau sepanjang tempoh PKP merekodkan perubahan yang signifikan dalam nilai skor min iaitu 1.48 pada fasa PKP, 2.12 pada fasa PKPB dan meningkat kepada 3.72 pada fasa PKPB. Perintah Kawalan Pergerakan sememangnya menjejaskan peluang pekerjaan sehingga berlakunya pemberhentian kerja dan potongan gaji setiap bulan oleh majikan. Hasil kajian ini bermanfaat untuk perancangan dalam pengurusan risiko dalam menangani pandemik di Sabah khususnya dan Malaysia keseluruhannya.

Item Type: Article
Keyword: Implikasi, perintah kawalan pergerakan, kesejahteraan, komuniti pulau, pandemik COVID19
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN50-995 By region or country
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 04 Mar 2024 12:19
Last Modified: 04 Mar 2024 12:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38429

Actions (login required)

View Item View Item