Kajian sejarah dan analisis tekstual terhadap tranformasi pemikiran dalam agama Kristian di abad pertama

Zaifuddin Md Rasip (2023) Kajian sejarah dan analisis tekstual terhadap tranformasi pemikiran dalam agama Kristian di abad pertama. Al-Hikmah International Journal for Islamic Studies & Human Sciences, 6 (3). pp. 1-32.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (38kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Agama Kristian merupakan agama yang paling ramai pengikutnya di seluruh dunia di kala ini. Agama yang mulanya berkembang di Palastine kini telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Manakala penganutnya pula terdiri daripada berbilang bangsa dan keturunan. Agama Kristian telah menjadi agama yang bersifat universal, untuk semua manusia tanpa mengira keturunan dan bangsa. Ini merupakan salah satu ciri utama agama Kristian. Namun demikian ajaran yang dibawa oleh Jesus hanya untuk Bani Israel sahaja. Bagaimanakah agama ini boleh berubah menjadi agama yang bersifat universal? Pada masa yang sama juga terdapat banyak perbezaan antara ajaran agama Kristian sekarang dengan ajaran yang dibawa oleh Jesus. Apakah elimenelimen yang berbeza antara ajaran Jesus dengan ajaran Kristian yang ada sekarang? Siapakah yang bertanggungjawab membawa tranformasi ini? Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji ajaran sebenar Jesus seperti yang terkandung dalam Bible yang berbeza dengan agama Kristian sekarang. Penyelidikan ini juga meneliti ayatayat Bible yang mengesahkan berlakunya tranformasi pemikiran dalam agama Kristian. Oleh kerana kajian ini membincangkan doktrin asas dalam agama Kristian, maka kaedah kajian ini melibatkan analisis teks Bible secara terperinci. Pada masa yang sama sejarah awal Kristian juga dikaji untuk melihat bagaimana perbezaan ini berlaku. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan antara ajaran Jesus dengan agama Kristian sekarang sekaligus membuktikan wujudnya tranformasi pemikiran dalam agama Kristian.

Item Type: Article
Keyword: ajaran Jesus, ajaran Paul, Bible, Kristian, Yahudi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology > BT10-1480 Doctrinal Theology > BT695-749 Creation
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1-5099 Practical Theology > BV2000-3705 Missions > BV2750-3695 Missions in individual countries
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 05 Mar 2024 10:47
Last Modified: 05 Mar 2024 10:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38444

Actions (login required)

View Item View Item