Pembangunan produk buah Kedondong di dalam sirap

Norfaridah Halim (2006) Pembangunan produk buah Kedondong di dalam sirap. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000533.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan formulasi terbaik bagi penghasilan buah kedondong di dalam sirap berasaskan ujian sensori. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk menjalankan analisis proksimat ke atas formulasi terbaik dan untuk menentukan kestabilan produk semasa penyimpanan berasaskan ujian fizikokimia dan juga ujian mikrobiologi. Kaedah pemprosesan produk berpandukan kaedah pengetinan buah terung asam di dalam sirap oleh MARDI. Sebanyak 12 formulasi disediakan dan formulasi-formulasi tersebut berbeza dari segi °Briks dan peratusan asid sitrik. Penilaian sensori awal melalui ujian pemeringkatan dijalankan untuk memperolehi 3 formulasi (F2, F6 dan F11) daripada 12 formulasi. Berdasarkan ujian hedonik, formulasi yang paling digemari oleh ahli panel ialah F11 dengan nilai skor min 5.60 ± 1.00. Analisis proksimat meliputi analisis terhadap kandungan lembapan, abu, protein, lemak, serabut kasar dan karbohidrat dengan masing-masing mencatat nilai 86.00 ± 0.02, 0.51 ± 0.01, 0.70 ± 0.05, 0.23 ± 0.01, 2.30 ± 0.05 dan 10.26 ± 0.56. Dan sagi ujian fizikokimia dan ujian mutu simpanan, produk akhir mencatatkan penurunan jumlah pepejal terlarut daripada 40.00 ± 0.00 kepada 37.00 ± 0.00, penurunan nilai pH daripada 3.61 ± 0.01 kepada 3.52 ± 0.01 dan peningkatan nilai jumlah keasidannya daripada 0.59 ± 0.01 kepada 0.68 ± 0.01, masing-masing daripada minggu pertama hingga minggu-6. Ujian mikrobiologi menunjukkan tidak ada pertumbuhan mikroorganisma selepas 6 minggu disimpan pada suhu bilik 27 ± 3°C.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Ambarella in syrup, Ambarella, Syrup
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 19 Apr 2012 08:30
Last Modified: 23 Oct 2017 11:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3845

Actions (login required)

View Item View Item