Keberkesanan pembelajaran berasaskan alam semulajadi terhadap literasi awal Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah

Eliceka Richard and Connie Shin @ Connie Cassy Ompok and Jusiah Idang and Musirin Mosin and Alley Emison (2023) Keberkesanan pembelajaran berasaskan alam semulajadi terhadap literasi awal Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8. pp. 1-20. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (378kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan skor min markah antara ujian pra dan ujian pasca terhadap tahap pencapaian kemahiran literasi awal Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah selepas pelaksanaan pembelajaran berasaskan alam semula jadi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah eksperimen. Pengkaji telah menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca terhadap kumpulan eksperimen dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di sebuah prasekolah agensi kerajaan di Kota Kinabalu. Kajian ini melibatkan seramai 40 orang responden yang dipilih secara rawak untuk menjalani ujian pra dan ujian pasca. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ujian-T agar analisis lebih mudah dilakukan dan dapat menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian mendapati skor min markah ujian pra adalah 32% manakala skor min markah ujian pasca adalah 63.25%. Hal ini menunjukkan selepas pelaksanaan pembelajaran berasaskan alam semula jadi dalam pengajaran dam pembelajaran literasi awal Bahasa Melayu terdapat peningkatan sebanyak 31.25% untuk skor min markah ujian yang dilaksanakan ke atas kumpulan eksperimen. Berdasarkan dapatan yang diperoleh dalam jadual ujian-T sampel berulangan pencapaian kanak-kanak pra dan pencapaian kanak-kanak pasca adalah berbeza secara signifikan, t (39) = -13.437, k < 0.05. Dengan itu, hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian kanak-kanak pra dan pasca adalah ditolak. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapat dibuat kesimpulan bahawa aplikasi pembelajaran berasaskan alam semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah membantu kanakkanak menguasai kemahiran literasi awal Bahasa Melayu.

Item Type: Article
Keyword: Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Alam Semulajadi Literasi Awal Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF636-637 Applied psychology
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 06 Mar 2024 15:41
Last Modified: 06 Mar 2024 15:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38451

Actions (login required)

View Item View Item