Kemiskinan digital dalam kalangan peniaga di kawasan luar bandar: suatu kajian kes di Kota Belud dan Kudat Sabah

Nur Firzana Binti Rosman and Kee Y Sabariah Binti Kee Mohd Yussof (2023) Kemiskinan digital dalam kalangan peniaga di kawasan luar bandar: suatu kajian kes di Kota Belud dan Kudat Sabah. : Journal of Social Sciences & Humanities, 20. pp. 1-11.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (361kB) | Request a copy

Abstract

Pandemik COVID-19 yang menular di Malaysia secara tidak langsung telah mempercepatkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan peniaga sekitar luar bandar Sabah. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan peniaga wajib mematuhi arahan kerajaan dengan menutup premis jualan mereka. Perkara ini telah menyebabkan peniaga mengalami kerugian dan perlu mencari alternatif bagi meneruskan perniagaan dan memastikan penjanaan pendapatan secara berterusan. Pada masa kini, peranan teknologi digital bukan sahaja mampu mentransformasikan peniaga luar bandar malah mampu membantu peniaga untuk terus bertahan dalam perniagaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemiskinan digital yang berlaku dalam kalangan peniaga luar bandar dan menjelaskan halangan yang dihadapi oleh peniaga luar bandar dalam berhadapan isu kemiskinan digital di kawasan Kota Belud dan Kudat, Sabah. Kajian ini telah menemu bual sebanyak enam (6) orang peniaga di sekitar kawasan Kota Belud dan Kudat, Sabah dengan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam. Hasil kajian mendapati peniaga luar bandar berhadapan dengan isu kemiskinan dalam kategori kaya digital dan terhubung, ini kerana kesemua informan tidak mempunyai masalah untuk menggunakan teknologi Internet untuk bersosial, mencari informasi terkini, malah ada dalam kalangan mereka yang kerap melakukan transaksi jual-beli atas talian. Namun walaupun semasa PKP para peniaga mengalami kerugian yang sangat besar, tidak banyak daripada kalangan mereka mencuba untuk mengubah landskap perniagaan mereka daripada berniaga secara tradisional kepada atas talian, sedangkan pihak kerajaan memberi banyak bantuan untuk menggalakkan peniaga memasuki perniagaan digital.

Item Type: Article
Keyword: kemiskinan digital, peniaga luar bandar, perniagaan atas talian, Pasar Tamu, Covid-19
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD1401-2210 Agriculture > HD1470-1476 Size of farms
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 06 Mar 2024 15:43
Last Modified: 06 Mar 2024 15:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38459

Actions (login required)

View Item View Item