Kesan pendekatan isu sosiosaintifik berbantukan peta pemikiran roda terhadap sifat ingin tahu terhadap STEM dalam kalangan murid Tahun Lima

Jamilah Ahmad and Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (2023) Kesan pendekatan isu sosiosaintifik berbantukan peta pemikiran roda terhadap sifat ingin tahu terhadap STEM dalam kalangan murid Tahun Lima. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 8. pp. 1-17. ISSN 0128-164X

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (552kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pendekatan isu sosiosaintifik berbantukan peta pemikiran roda (PISPP) terhadap pemikiran sains keusahawanan dan konstruk Pemerhatian, Idea Baharu, Inovasi, Kreativiti, dan Nilai. Satu modul pengajaran dan pembelajaran dibina sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan kaedah PISPP dalam meningkatkan pemikiran sains keusahawanan dalam kalangan murid Tahun Lima. Kajian kuantitatif berbentuk kuasi eksperimental dilaksanakan ke atas 345 murid Tahun Lima di sekolah rendah bandar di Tawau, Sabah. Sebanyak tiga kumpulan dibahagikan secara rawak iaitu i) Pendekatan Isu Sosiosaintifik Berbantukan Peta Pemikiran Roda (PISPP, n=115), ii) Pendekatan Isu Sosiosaintifik (PIS, n=115) dan iii) Kaedah Konvensional (KONV, n=115). Instrumen Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan (UPSK) dibangunkan untuk mengukur tahap pemikiran sains keusahawanan. Data analisis dilaksanakan menggunakan MANCOVA, ANCOVA, dan Saiz Kesan. Hasil analisis MANCOVA menunjukkan terdapat kesan yang signifikan merentasi ketigatiga kumpulan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi pemikiran sains keusahawanan. Sementara itu, hasil analisis ANCOVA telah menunjukkan terdapat kesan yang signifikan kaedah PISPP berbanding kaedah PIS dan KONV terhadap pemikiran sains keusahawanan, konstruk Pemerhatian, Idea Baharu, Inovasi, Kreativiti, dan Nilai. Kaedah PISPP menunjukkan min skor pascaujian lebih tinggi berbanding kaedah PIS, seterusnya min skor pascaujian PIS lebih tinggi secara signifikan berbanding kaedah KONV dalam kesemua konstruk yang dikaji kecuali konstruk Pemerhatian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa modul PISPP memberikan impak positif terhadap pemupukan pemikiran sains keusahawanan dalam kalangan murid Tahun Lima.

Item Type: Article
Keyword: Pemikiran Sains Keusahawanan, Pendekatan Isu Sosiosaintifik, Peta Pemikiran Roda
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB522-715 Income. Factor shares > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 08 Mar 2024 12:01
Last Modified: 08 Mar 2024 12:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38463

Actions (login required)

View Item View Item