Konflik kaum selepas pendudukan Jepun 1945 dan peristiwa 13 mei 1969 di tanah melayu: suatu analisis

Mohd Syafiq Zaini and Saifulazry Mokhtar and Sharifah Darmia Sharif Adam and Sabariah Abd Rahim and Azman Che Mat (2023) Konflik kaum selepas pendudukan Jepun 1945 dan peristiwa 13 mei 1969 di tanah melayu: suatu analisis. International Journal of Law, Government and Communication, 8. pp. 1-19. ISSN 0128-1763

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (377kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Tanah Melayu mempunyai penduduk yang pelbagai dan berbilang kaum, yang berasal dari zaman penjajahan British. Dalam konteks pluralistik masyarakat Malaysia, isu perkauman boleh dikatakan sensitif dan penting. Pluralisme menunjukkan kepelbagaian berdasarkan setiap identiti kaum. Kepelbagaian merujuk kepada perbezaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Perbezaan ini merupakan cabaran kepada pembinaan identiti nasional dan perpaduan negara kerana dalam usaha mewujudkan negara bangsa bukanlah sesuatu yang mudah. Tumpuan kajian memfokuskan kepada analisis di antara dua insiden konflik kaum telah berlaku iaitu selepas pendudukan Jepun 1945 dan peristiwa 13 Mei 1969. Analisis ini akan melihat dari segi aspek analisis persamaan dan perbezaan antara kedua-dua peristiwa konflik kaum tersebut. Adakah benar wujud perbezaan mahupun persamaan antara kedua-dua peristiwa konflik kaum di Tanah Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua peristiwa konflik kaum tersebut adalah merupakan suatu kejadian yang dirancang dan tidak berlaku secara spontan Ia juga didorong daripada wujudnya unsur oppression atau penindasan yang sangat berat. Dari segi penglibatan komunis, dilihat lebih menyeluruh semasa insiden selepas pendudukan Jepun pada 1945 berbanding peristiwa 13 Mei 1969. Menjadikan konflik kaum pada 1945 tidaklah bersifat perkauman secara menyeluruh tetapi lebih kepada matlamat mereka dalam memperluaskan pengaruh komunis di Tanah Melayu. Berbeza dengan peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum berlaku akibat daripada persaingan politik ketika itu yang tidak sihat dan tidak mementingkan kemajmukan.

Item Type: Article
Keyword: Kemajmukan, Pengaruh Komunis, Penindasan, Pendudukan Jepun Konflik ,Kaum, Peristiwa 13 Mei 1969, Tanah Melayu, Malaysia
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 23 Apr 2024 14:56
Last Modified: 23 Apr 2024 14:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38558

Actions (login required)

View Item View Item