Pengaruh perkhidmatan dan kemudahan sukan terhadap kepuasan pelajar di Universiti Malaysia Sabah

Ahmad Fadly Abdul Rahman (2017) Pengaruh perkhidmatan dan kemudahan sukan terhadap kepuasan pelajar di Universiti Malaysia Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (916kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (14MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh perkhidmatan dan kemudahan sukan terhadap kepuasan pelajar di Universiti Malaysia Sabah. Seramai 216 orang pelajar di Universiti Malaysia Sabah telah dipilih dalam kajian ini. Kajian ini adalah menggunakan kajian kuantitatif bukan eksperiman dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif dan hipotesis kajian. Soal selidik telah dibentuk dan diubahsuai berdasarkan kajian-kajian lepas. Satu kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Analisis statistik inferensi seperti ujian t, ANOVA Sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk menguji 12 hipotesis nol pada aras signifikan p<0.05. Perisian yang digunakan untuk menganalisis data adalah program SPSS versi 20. Dapatan menunjukan terdapat hubungan perkhidmatan berdasarkan kepuasan pelajar yang positif dan signifikan dan juga terdapat hubungan kemudahan sukan berdasarkan kepuasan pelajar yang positif dan signifikan. Sementara itu, perkhidmatan dan kemudahan sukan merupakan peramal utama kepada kepuasan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan perkhidmatan merupakan pengaruh yang lebih dominan berbanding kemudahan sukan terhadap kepuasan pelajar. Oleh yang demikian, perkhidmatan dan kemudahan sukan merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan dalam kalangan pelajar-pelajar di Universiti Malaysia Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Perkhidmatan, Sukan, Kepuasan pelajar
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV201-555 Physical education and training > GV401-433 Physical education facilities. Sports facilities Including gymnasiums, athletic fields, playgrounds, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Apr 2024 10:37
Last Modified: 29 Apr 2024 10:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38560

Actions (login required)

View Item View Item