Konsep kebudayaan dalam adat istiadat kaum Melayu Brunei di Sabah

Nurfarain Abdul Rahman and Mohd Sohaimi Esa and Saifulazry Mokhtar and Azmin Pullong and Roryna A.B. Komon (2023) Konsep kebudayaan dalam adat istiadat kaum Melayu Brunei di Sabah. International Journal of Law, Government and Communication, 8. pp. 1-18. ISSN 0128-1763

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (628kB) | Request a copy

Abstract

Penulisan artikel ini adalah untuk mengkaji konsep kebudayaan dalam adat istiadat kaum Melayu Brunei di Sabah. Dalam kajian ini juga, pengkaji akan menjelaskan dan menceritakan gambaran ataupun bayangan mengenai sifat sifat serta unsur-unsur keaslian yang dimilki oleh masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kepentingan adat istiadat terhadap kaum Melayu Brunei di Sabah. Seterusnya, mengkaji sejauh manakah konsep kebudayaan berkait rapat dengan adat istiadat dalam kalangan kaum Melayu Brunei di Sabah. Dalam pada masa yang sama, kajian ini telah menggunakan metod kajian melalui kajian perpustakaan iaitu sumber primer dan juga sumber sekunder. Bahan-bahan ini akan didapati daripada perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan kajian lapangan dalam metodologi kajian. Bagi mengukuhkan lagi data yang diperolehi, kajian lapangan tersebut adalah seperti, sesi temubual yang melibatkan beberapa orang responden. Dimulai dengan pendahuluan dan diikuti dengan permasalahan kajian iaitu, berlaku fenomena hakisan nilai serta budaya bangsa. Permasalahan kajian juga dapat dikenalpasti kerana, adat istiadat yang dipraktikkan pada masa kini, adalah kurangnya penerapan budaya ini dalam masyarakat generasi muda. Setelah itu, diikuti pula dengan hasil dapatan kajian berdasarkan objektif kajian iaitu terdapat beberapa kepentingan adat istiadat terhadap kaum Melayu Brunei serta hubungkait konsep budaya dengan adat istiadat kaum Melayu Brunei. Antaranya ialah, adat kelahiran, adat perkahwinan dan juga adat kematian. Oleh itu, hasil kajian ini perlu diambil berat oleh pihak berkaitan terutamanya kaum Melayu Brunei yang suda berumur agar mereka dapat mencari cara untuk mempertahankan adat istiadat ini agar lebih menarik minat masyarakat serta mampu melahirkan generasi yang mengambil berat tentang kepentingan sesuatu adat dan tidak hilang ditelan zaman.

Item Type: Article
Keyword: Adat Istiadat, Brunei, Budaya
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS650-650.99 Brunei
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 24 Apr 2024 13:49
Last Modified: 24 Apr 2024 13:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38568

Actions (login required)

View Item View Item