Merekabentuk dan menganalisa sistem penyejukan permukaan bagi meningkatkan kecekapan fotovoltaik

Zulkurnain Hassan and Mohd Suffian Misaran@Misran and Nancy Julius Siambun and Mohd Adzrie Radzali (2021) Merekabentuk dan menganalisa sistem penyejukan permukaan bagi meningkatkan kecekapan fotovoltaik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (1). pp. 1-11. ISSN 2682-826X

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (44kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (388kB) | Request a copy

Abstract

Di samping dapat menjanakan tenaga elektrik, solar fotovoltaik (‘Phtovoltaic’ - PV) mempunyai potensi besar sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui. Semasa solar PV berada pada suhu yang optimum, kecekapan solar PV menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik berlaku secara konsisten. Namun, kecekapannya akan berkurang sekiranya suhu panel PV meningkat. Satu kajian dijalankan bagi meningkatkan kecekapan solar PV dengan merekabentuk sistem penyejukan pada solar PV yang dinamakan Hibrid Fotovoltaik/Termal (PV/T) sistem solar. Objektif rekabentuk ini ialah bagi menyejukkan panel PV dan mengkaji kesan sistem penyejukan ke atas prestasi solar PV di mana air dialirkan di permukaan atas modul PV untuk menyejukkannya. Dengan sistem ini, tenaga elektrik dan tenaga haba dapat dijanakan secara serentak. Sistem ini diuji di bawah pancaran sinaran matahari (radiasi) pada keamatan purata 676.28 W/m2. Dua set PV diuji serentak iaitu panel PV tanpa penyejuk dan panel PV terma dengan aliran air bagi membandingkan kecekapan dan penghasilan kuasa keluaran maksimum. Hasil daripada ujikaji diplotkan pada graf dan hasil penelitian mendapati kecekapan PV dapat ditingkatkan sebanyak 23.07% dengan menggunakan sistem penyejukan aliran air. Kuasa keluaranmaksimum oleh panel fotovoltaik terma aliran air dapat ditingkatkan sebanyak 11.99 W berbanding dengan panel fotovolta tanpa penyejuk. Suhu purata pada permukaan atas panel fotovolta dapat diturunkan sebanyak 28.42%. Faktor pengisi, FF yang dikira untuk PV tersebut ialah 0.78. Prestasi panel PV tersebut berada dalam keadaan memuaskan kerana faktor pengisi piawai fotovolta adalah di antara 0.7 dan 0.85. Beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukan pada pengakhiran laporan penyelidikan ini. Di sini boleh disimpulkan bahawa kecekapan solar PV menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik berada pada tahap yang baik sekiranya solar PV mempunyai suhu yang rendah dan begitu juga sebaliknya.

Item Type: Article
Keyword: Kecekapan; tenaga elektrik; fotovoltan-terma; tenaga terma
Subjects: Q Science > QC Physics > QC1-999 Physics > QC1-75 General
Q Science > QC Physics > QC1-999 Physics > QC501-766 Electricity and magnetism > QC501-(721) Electricity
Department: FACULTY > Faculty of Engineering
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 02 May 2024 16:53
Last Modified: 02 May 2024 16:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38617

Actions (login required)

View Item View Item