Cabaran Pemuliharaan Hutan Melalui Pendekatan Penglibatan Komuniti Dan Pihak Berkepentingan Di Malaysia Dan Indonesia: Tinjauan Literatur

Andreas Pingking and Rosazman Hussin (2023) Cabaran Pemuliharaan Hutan Melalui Pendekatan Penglibatan Komuniti Dan Pihak Berkepentingan Di Malaysia Dan Indonesia: Tinjauan Literatur. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 9 (1). pp. 1-17. ISSN 2462-2095

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (402kB) | Request a copy

Abstract

Hutan adalah salah satu sumber alam semula jadi yang sangat penting untuk kesejahteraan ekologi, ekonomi dan sosial manusia. Hal ini kerana hutan menyediakan produk kayu dan bukan kayu dan hutan juga menjadi penapis udara serta air yang bersih untuk kehidupan manusia. Jika hutan diuruskan mengikut prinsip pengurusan hutan lestari, maka mengoptimumkan pelbagai fungsinya, termasuk mitigasi perubahan iklim adalah selaras sepenuhnya dengan objektif pemuliharaan hutan untuk pertumbuhan yang mampan (Broadmeadow & Carnus 2009). Namun begitu, penglibatan daripada komuniti dan pihak berkepentingan juga dianggap sangat penting terutamanya dalam proses merancang strategi dan membuat keputusan. Peranan komuniti setempat pula secara jelas adalah untuk memberikan komuniti peluang menguruskan hutan dan memberikan mereka pendidikan berkaitan pengurusan. Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk melihat cabaran yang dihadapi oleh komuniti dan pihak berkepentingan (kerajaan, NGO, Swasta) dalam pemuliharan hutan. Kajian ini juga melihat pengurusan hutan daripada negara Malaysia dan Indonesia disebabkan kedua-dua negara mempunyai landskap serta geografi yang hampir sama. Usaha yang dilaksanakan juga berpandukan kepada Sustainable Development Goals (SDG) dan matlamat yang sama iaitu menjadikan hutan sebagai kawasan yang mampan.

Item Type: Article
Keyword: Penglibatan Komuniti, Pihak Berkepentingan, Konservasi hutan, Pengurusan hutan.
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS611-649 Indonesia (Dutch East Indies)
S Agriculture > SD Forestry > SD1-669.5 Forestry
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 02 May 2024 16:58
Last Modified: 02 May 2024 16:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38632

Actions (login required)

View Item View Item