Kelestarian pelancongan dan hubungannya dengan kesepaduan sosial: Kajian kes komuniti tempatan Bongawan

Syafiqah Syuhada Samsul and Suraya Sintang and Mohd Jirey Kumalah (2023) Kelestarian pelancongan dan hubungannya dengan kesepaduan sosial: Kajian kes komuniti tempatan Bongawan. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 9 (1). pp. 129-137. ISSN 2462-2095

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (360kB) | Request a copy

Abstract

Kelestarian pelancongan merupakan isu penting dalam era globalisasi kini kerana faedah eknomi dan sosial komuniti tempatan wujud daripada pertumbuhan industri pelancongan yang pesat. Walau bagaimanapun, tanpa kesepaduan sosial yang kukuh maka kelestarian pelancongan mungkin sukar dicapai terutamanya dalam kalangan komuniti luar bandar. Kesepaduan sosial melibatkan hubungan harmoni yang wujud daripada persefahaman dan saling hormat - menghormati dalam kalangan pemain industri pelancongan. Justeru, artikel ini membincangkan indikator kesepaduan sosial komuniti yang menjadikan pembangunan pelancongan di Kampung Seri Serbang, Bongawan lebih lestari. Pengumpulan data menggunakan kaedah kualitatif melalui pemerhatian dan temubual mendalam bersama informan terpilih di Kampung Seri Serbang. Hasil dapatan menunjukkan, wujud eleman dan indikator kesepaduan sosial yang terbina melalui penglibatan aktif aktiviti pelancongan seperti river cruise, persembahan tarian dan pakaian tradisional etnik iaitu sebagai usaha pembangunan homestay mampan di Kampung Seri Serbang. Oleh itu, melalui usaha meningkatkan kesepaduan sosial, ia diharap dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kelestarian pelancongan di Kampung Seri Serbang dicapai. Sekaligus, dapat memberikan faedah jangka panjang kepada komuniti tempatan, pelancong dan alam sekitar secara maksimum.

Item Type: Article
Keyword: Tourism Sustainability, Social Cohesion, Local Communities
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 May 2024 14:03
Last Modified: 17 May 2024 14:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38714

Actions (login required)

View Item View Item