Geologi am dan eksplorasi emas menggunakan unsur penunjuk (Ni, Cu, Zn, Pb, dan As) di Kawasan Selatan Gunung Pock, Semporna, Sabah

Mohd Fairuz Mohamad (2006) Geologi am dan eksplorasi emas menggunakan unsur penunjuk (Ni, Cu, Zn, Pb, dan As) di Kawasan Selatan Gunung Pock, Semporna, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000412.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di bahagian Selatan Gunung Pock iaitu kira-kira 28 kilometer ke Barat Laut bandar Semporna, Sabah. Kawasan kajian berada di antara garis lintang 04°21' Utara dan 04°25' Utara, manakala garis bujur di antara 118°23' Timur dan 118°27' Timur. Secara umumnya kawasan kajian terdiri daripada 2 jenis batuan intrusif volkanik iaitu batuan Andesit, Dasit dan sedikit batu pasir pada Formasi Kalumpang yang terletak di bahagian Timur Laut kawasan kajian. Kajian eksplorasi emas menggunakan unsur-unsur penunjuk (Ni, Cu, Zn, Pb, As) dijalankan untuk menentukan kawasan punca sebenar pemineralan emas terutamanya di bahagian Sungai Mentalitip dan di bahagian Bukit Double. Sebanyak 14 sampel sedimen Sungai Mentalitip dan 6 sampel Bukit Double dianalisis dengan menggunakan mesin (Spektrometer Serapan Atom) AAS. Kajian mendapati unsur-unsur petunjuk yang dianalisis dalam setiap sampel menunjukkan arah kepekatan unsur tersebut adalah di bahagian huiu sungai iaitu sekitar stesen persampelan SS6, SS7 dan SS8. Nilai kepekatan unsur-unsur penunjuk seperti arsenik dan kuprum menunjukkan nilai kepekatan yang melebihi 60 ppm di bahagian hulu Sungai Mentalitip. Kepekatan unsur-unsur penunjuk lain seperti nikel, plumbum dan zink juga menunjukkan peningkatan ke arah huIu sungai terutamanya di bahagian hulu Sungai Mentalitip Kanan yang menunjukkan kemungkinan kawasan punca pemineralan emas iaitu di stesen SS6, SS7 serta SS8. Analisis nilai pH sampel di kawasan kajian menunjukkan kesemua sampel adalah berasid iaitu berjuIat di antara pH 4.06 hingga pH 6.69. Keadaan ini menunjukkan membukti bahawa sampel sedimen yang diperoleh di lapangan adalah berasal daripada batuan induk yang bersifat asid dan juga pengaruh keasidan daripada aktiviti pembajaan kelapa sawit. Pemerhatian di lapangan juga menunjukkan kehadiran beberapa jenis mineral bijih seperti kalkopirit dan pirit di dalam batuan yang mengalami proses luIuhawa.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Research of gold, Gold mineralization, Andesite, Dacite, Volcanic rock, South of Gunung Pock, Semporna Town, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Jan 2012 18:21
Last Modified: 12 Oct 2017 10:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/405

Actions (login required)

View Item View Item