Sejarah perjudian di Borneo Utara (1881-1941)

Andrey James (2023) Sejarah perjudian di Borneo Utara (1881-1941). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (511kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini memfokuskan tentang kegiatan perjudian di Borneo Utara semasa di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBC). Dalam kajian , ini akan melihat dinamika aktiviti perjudian di Borneo Utara semasa era BNBC, mengetahui penguatkuasaan undang-undang perjudian di Borneo Utara yang telah dilaksanakan oleh BNBC dan akan menilai impak perjudian ke atas Borneo Utara. Sumber utama yang digunakan majoritinya dirujuk menerusi Arkib Negeri Sabah, khususnya dalam fail North Borneo Central Archives dan Secretariat File. Bahan sekunder yang digunakan bahan yang dirujuk menerusi buku, tesis, jurnal, kertas seminar, bab dalam buku, laman web dan lain-lain. Hasil kajian ini mendapati bahawa penjajahan BNBC ke atas Borneo Utara adalah titik penting dalam perkembangan kegiatan perjudian di Borneo Utara. Fenomena ini dijelaskan menerusi peranan BNBC dalam mengaut keuntungan daripada hasil aktiviti perjudian yang dijalankan. Pelbagai aktiviti perjudian telah giat dilakukan di borneo utara seperti lumba kuda, sabung ayam dan terdapat lagi aktiviti yang lain. Kemasukan buruh asing yang telah dibawa masuk ke dalam Borneo Utara telah membantu dalam meningkatkan lagi kegiatan perjudian ini. Perjudian ini telah memberi kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di Borneo Utara. Akhir sekali, usaha untuk membendung kegiatan perjudian ini dengan memperkenalkan tentang dasar-dasar perjudian telah dilaksanakan oleh pihak BNBC bagi mengurangkan aktiviti perjudian di Borneo Utara.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Aktiviti perjudian, Dasar perjudian, BNBC, Impak perjudian, Borneo Utara
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Sep 2024 15:38
Last Modified: 02 Sep 2024 15:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40774

Actions (login required)

View Item View Item