Afifah Gamiring@Hajinin (2023) Peranan pendidikan dalam mobiliti sosial: Kajian kes di pusat pembelajaran alternatif di Pulau Mabul, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (553kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Mobiliti sosial merupakan pergerakan daripada satu lapisan kedudukan sosial kepada kedudukan sosial yang lain yang berlaku disebabkan beberapa aspek seperti peluang pekerjaan, latar belakang keluarga dan pendidikan. Meskipun status keluarga mempengaruhi status mobiliti sosial seseorang, namun terdapat aspek lain yang mampu membantu membawa perubahan kepada mobiliti sosial seperti pendidikan. Pendidikan dapat mengubah hubungan mobiliti sosial antara asal dan destinasi sama ada mobiliti menegak, mendatar dan menurun. Oleh itu, kajian ini membincangkan tentang hubungan pendidikan dengan mobiliti sosial di empat buah Pusat Pembelajaran Alternatif (PPA) di Pulau Mabul, Semporna Sabah. Kaedah temu bual dan pemerhatian digunakan untuk kutipan data. Seramai 36 orang responden telah ditemu bual termasuklah alumni PPA, tenaga pengajar PPA, kanak-kanak yang sedang belajar di PPA, ibu bapa alumni dan majikan alumni, manakala pemerhatian di PPA memerhati ruang, kurikulum, aktiviti alumni PPA di tempat kerja. Hasil kajian mendapati bahawa mobiliti sosial yang berlaku dalam kalangan alumni di PPA adalah mobiliti sosial bergerak secara mendatar dan menurun. Mobiliti sosial bergerak mendatar dipengaruhi oleh kurikulum yang ditawarkan di PPA. Kurikulum yang digunakan di PPA adalah kurikulum yang dibina oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan tenaga pengajar PPA dengan asas membaca, menulis dan mengira (3M). Penemuan kajian mendapati pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di PPA amat penting untuk dipraktikkan dalam pekerjaan alumni. Mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran penting yang dapat memberikan kemahiran kepada alumni yang bekerja di rumah singgah dan pusat peranginan di Pulau Mabul. Mereka dapat berkomunikasi dengan baik dengan pelancong tempatan dan luar negara. Mata pelajaran Matematik juga penting untuk dipraktikkan oleh alumni dalam pekerjaan. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan yang dialami oleh alumni PPA untuk mendapatkan mobiliti sosial bergerak secara menegak. Kekangan ini disebabkan masalah status kewarganegaraan yang menghalang alumni mengalami mobiliti sosial bergerak secara menegak. Kajian ini melihat bahawa pendidikan di PPA memberikan kemahiran kepada alumni untuk diaplikasikan semasa bekerja seperti kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemahiran hidup. Walau bagaimanapun, isu kewarganegaraan menghalang pergerakan mobiliti sosial secara menegak.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Mobiliti sosial, Pusat pembelajaran alternatif, Pendidikan alternatif, Pendidikan, Pulau Mabul |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1099-1099.5 Multicultural education (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 05 Sep 2024 09:57 |
Last Modified: | 05 Sep 2024 09:57 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40818 |
Actions (login required)
View Item |