Analisis logam berat Pb, Cd dan Cu dalam sedimen dan air laut di Teluk Mengkabong, Tuaran

Noorhayati Zulkipli (2007) Analisis logam berat Pb, Cd dan Cu dalam sedimen dan air laut di Teluk Mengkabong, Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000407.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini melibatkan analisis kepekatan taburan logam-logam berat iaitu kadmium (Cd), kuprum (Cu), dan plumbum (Pb) di dalam sedimen dan air laut di Teluk Mengkabong, Tuaran, Sabah. Sebanyak 10 stesen dipilih yang terdiri daripada 30 sampel di sepanjang kawasan teluk ini. Kajian ini dilakukan untuk menentukan factor-faktor yang mempengaruhi kepekatan logam-logam berat tersebut dalam sedimen seperti pH, kandungan bahan organik dan saiz partikel dan dalam air laut seperti faktor pH. Kaedah penghadaman sampel sedimen dengan menggunakan asid nitrik pekat (69-70%) dan penghadaman air laut menggunakan hydroxylamine hydrochloride digunakan sebelum analisis AAS dijalankan. Kajian mendapati kepekatan logam Cd adalah lebih rendah berbanding Cu dan Pb dalam sedimen dan air laut. Stesen S5 mencatatkan semua kepekatan logam yang paling tinggi dalam sedimen iaitu Cd: 0.049mglˉ¹ , Cu: 2.489mglˉ¹ dan Pb: 2.902mglˉ¹. Bagi keputusan air laut pula, satu kepekatan yang paling tinggi dicatatkan di Teluk Mengkabong bagi setiap logam ialah Cd: 0.1 mglˉ¹, Cu: 0.2 mglˉ¹ dan Pb: 0.3 mglˉ¹). Dalam kajian ini, didapati bahawa kandungan bahan organik mempengaruhi kepekatan logam Cu dalam sedimen pada nilai signifikan p=O.039. Manakala faktor pH tidak mempengaruhi logam berat dalam air laut. Air laut di Teluk Mengkabong didapati tercemar dengan logam Cu dan Pb kerana nilai yang diperolehi adalah melebihi piawai Kualiti Air Marin yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Heavy metals concentration, Sediment, Seawater at Teluk Mengkabong, Tuaran, Sabah
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Jan 2012 16:33
Last Modified: 12 Oct 2017 10:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/416

Actions (login required)

View Item View Item