Simbol dan kepercayaan kinomol dalam ritual etnik Rungus

Azmil Dani and Esterlina Moo Chin Len Lazarus (2024) Simbol dan kepercayaan kinomol dalam ritual etnik Rungus. Gendang Alam, 14. pp. 88-97. ISSN 2180-1738

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (467kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik fungsi, kegunaan, dan simbol tradisional Kinomol dalam upacara ritual tradisi etnik Rungus khususnya ritual mamapak yang diadakan di daerah Pitas. Kinomol dikenali sebagai tapai dandihidangkan selepas bobolizan selesai monguhok (mantera/jampi/aji). Kinomol merupakan minuman tradisional etnik Rungus yang memabukkan kerana kinomol dihasilkan melalui proses penapaian beras yang diperam dalam tempoh yang lama. Etnik Rungus menggunakan kinomol sebagai salah satu bahan sajian dalam upacara ritual mamapak. Hal ini dikatakan demikian kerana sejajar dengan kepercayaan spiritual serta amalan turun-temurun nenek moyang mereka yang dipegang teguh. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis hubungan antara kinomol dengan kepercayaan dan adat resam etnik Rungus khususnya semasa pelaksanaan ritual mamapak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengumpul data seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis sumber sekunder. Data yang diperoleh akan digunakan untuk memahami hubungkait kinomol dengan kepercayaan etnik Rungus dalam kehidupan mereka. Hasil kajian ini juga dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan kinomol dalam kehidupanetnik Rungus. Kajian in akan menjadi salah satu usaha berbentuk dokumentasi yang akan memelihara identiti serta memberi gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana tradisi dan budaya ini berinteraksi dengan perubahan zaman warisan budaya etnik Rungus di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Simbol, kinomol, ritual mamapak, kepercayaan, Rungus.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General)
N Fine Arts > NA Architecture > NA1-9428 Architecture
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Jan 2025 12:54
Last Modified: 14 Jan 2025 12:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42590

Actions (login required)

View Item View Item