Kesan hidroksipropilasi dan rawatan alkohol-alkali ke atas ciri-ciri kanji sagu

Teoh, Hang Boon (2009) Kesan hidroksipropilasi dan rawatan alkohol-alkali ke atas ciri-ciri kanji sagu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000646.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Metodologi Respon Permukaan (RSM) telah digunakan dalam kajian ini untuk mengkaji kesan-kesan gabungan hidroksipropilasi (4%, 6%, 8%), kepekatan etanol (50%, 60%, 70%) dan nlsbah natrium hidroksida kepada kanji (2.5:1, 3.0:1, 3.5:1) ke atas sifat fisiko-kimia dan ciri-ciri berfungsi kanji sagu GCWS. Rekabentuk Komposit Tengah (CCO) yang menghasilkan dua puluh komblnasi digunakan dalam penyedlaan kanji sagu GCWS. Sifat fisiko-kimia dan clri-ciri berfungsi yang dikaji adalah keterlarutan air sejuk, kuasa menggelembung air sejuk, morfologi kanji, profil terma, profil pempesan dan kelikatan nyata. Secara keseluruhan, natrium hidroksida menunjukkan kesan yang lebih ketara terhadap respon-respon yang dikaji berbanding dengan etanol dan hidroksipropilasi. Peningkatan natrium hidroksida meningkatkan keterlarutan air sejuk, kuasa menggelembung air sejuk dan masa puncak (p<0.001) dengan nyata sekali, tetapi menurunkan suhu mula (p<0.01), entalpi, puncak kelikatan, breakdown, kelikatan akhlr, setback, suhu pempesan dan kelikatan nyata (p<0.001). Sebaliknya, peningkatan kepekatan etanol menurunkan kuasa menggelembung air sejuk (p<0.05), keterlarutan air sejuk dan masa puncak (p<0.001) tetapi meningkatkan entalpi, setback, suhu pempesan (p<0.01), puncak kelikatan, breakdown, kelikatan akhir dan kelikatan nyata (p<0.001). Antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji, hidroksipropilasi menunjukkan kesan yang paling kurang ketara terhadap respon-respon yang kaji di mana peningkatan peratus propilena oksida hanya meningkatkan breakdown (p<O.01) tetapi menurunkan suhu mula, kelikatan akhir dan setback (p<O.01). Pemerhatian morfologi kanji sagu GCWS melalui mikroskopi cahaya menunjukkan granul-granul kanji menggelembung sehingga pecah pada nisbah NaOH:etanol yang tinggi (>6:1) tanpa dipengaruhi oleh kesan hidroksipropilasi, Kanji sagu yang dirawat dengan 6% propilena oksida, 60% etanol dan 384 g NaOH didapati mencapai keterlarutan air sejuk yang paling tinggi iaitu 83.7 ± 1.3% tetapi granul-granul kanji mengalami pemecahan. Akhir sekali, gabungan hidroksipropilasi dengan rawatan alkohol-alkali ke atas kanji sagu didapati mengurangkan retrogradasi dengan menurunkan setback.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Sago starch, Hydroxypropylation, Alkohol-alkaline treatment, Physiochemical
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP248.13-248.65 Biotechnology
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 Jun 2012 08:42
Last Modified: 23 Oct 2017 12:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4414

Actions (login required)

View Item View Item