Pengkulturan tisu dan penggandaan pucuk tumbuhan ubatan Phyllanthus ninuri

Yuzika Kaman (2004) Pengkulturan tisu dan penggandaan pucuk tumbuhan ubatan Phyllanthus ninuri. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000684.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan bertujuan untuk membiakkan tisu P.niruri dengan menggunakan eksplan biji benih dan tisu meristem seterusnya menggandakan pucuknya. Sampel yang diambil di sekitar kawasan kampus UMS dan Kolej Kurnia Perdana dikultur di atas dua jenis media iaitu media MS dan B5 dengan lima rawatan kombinasi hormon BAP dan NAA. Faktor lain yang turut diuji ialah eahaya dan subu serta jenis eksplan yang berbeza. Daripada kajian pengkulturan tisu meristem dan percambahan biji benih P. niruri, didapati purata peratus perkembangan eksplan selepas 80 hari pengkulturan adalah lebih tinggi di atas media MS berbanding dengan media B5. Eksplan tunas merekodkan peratus perkembangan yang tertinggi, diikuti oleh pucuk dan yang terakhir biji benih. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan eksplan yang membentuk pucuk akan melalui pembentukan kalus terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, terdapat juga pembentukan pucuk secara langsung seperti yang dicerap di atas media MS + 10 μM BAP + 10 μM NAA di bawah keadaan terang, 27°C. Keadaan terang, suhu 27°C merupakan keadaan di mana eksplan paling banyak berkembang. Peratus perkembangan ini paling rendah di bawah keadaan gelap, suhu 27°C. Selain itu, di atas media MS didapati kepekatan bormon 10 μM BAP + 10 μM NAA merupakan kepekatan yang mencatat peratus perkembangan eksplan yang paling tinggi. Manakala, bagi media B5, peratusan ini paling tinggi di atas media dengan rawatan hormon 20 μM BAP + 20 μM NAA. DaJam kajian penggandaan pueuk, faktor yang diuji ialah jenis eksplan dan kombinasi hormon BAP dan NAA. Daripada kajian, didapati eksplan batang menunjukkan peratus perkembangan yang paling tinggi diikuti oleh eksplan pueuk, daun dan akar. Dari segi faktor hormon pula, eksplan yang dikultur di atas media B5 + 5 μM BAP mempunyai peratus perkembangan yang paling tinggi. Manakala, tiada sebarang pertumbuhan pucuk yang dicatat di atas media B5 dengan rawatan 20 μM BAP + 20 μM NAA dan 10 μM BAP + 10 μMNAA.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Propagate tissue, Phyllanthus niruri, Tissue explant, Explant growth
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 Jul 2012 16:53
Last Modified: 23 Oct 2017 15:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4565

Actions (login required)

View Item View Item