Kajian tentang penggunaan struktur organ pembiakan jantan dalam identifikasi rama-rama Amata Egenaria dan A.Prepuncta (Lepidoptera: Arctiidae)

Isaac Grey Denis (2010) Kajian tentang penggunaan struktur organ pembiakan jantan dalam identifikasi rama-rama Amata Egenaria dan A.Prepuncta (Lepidoptera: Arctiidae). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000693.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengecam rama-rama jantan A. egenaria dan A. prepuncta melalui pengukuran dan perbandingan pada struktur yang terdapat pada bahagian organ pembiakan jantan. Bagi tujuan aplikasi akan datang, kekunci dikotGmi juga turut dibina untuk pengecaman spesies berdasarkan perbezaan pada morfologi luaran rama-rama ini. Persampelan rama-rama telah dibuat di Kampung Singgaron Baru dan Kampung Nalapak, Ranau. Perangkap Robinson telah digunakan untuk menangkap rama-rama tersebut dan hasil tangkapan telah dicam di Makmal Sekolah Pertanian Lestari 3. Principal Component Analisis (PC4) telah digunakan untuk mengekstrak data menggunakan ukuran pada struktur organ pembiakan rama-rama tersebut. PCA telah mengenalpasti tiga komponen variasi yang penting yang menerangkan sebanyak 82.53% dari kepelbagaian set data. Kajian mendapati bahawa struktur organ pembiakan jantan rama-rama yang penting untuk pengecaman adalah kepanjangan aedaegus, valva, corona, vinculum dan diameter uncus. Terdapat perbezaan bererti antara struktur organ pembiakan jantan bagi A. egenaria dan A. prepuncta dari segi saiz terutamanya pad a bahagian aedaegus, valva, corona, uncus, dan vinculum (Ujian t tidak bersandar; t ₂,�₄, = 7.55, P<0.001). Daripada dua spesies tersebut, kajian terhadap struktur morfologi luaran mendapati bahawa kedua-dua spesies ini dapat dibezakan melalui pembesaran pada bahagian tomus sayap belakang pada A. egenaria yang tidak terdapat pada A. prepuncta. Sebagai kesimpulanhya, kajian ini secara signifikan menyokong teori terdahulu bahawa spesies ini dapat dibezakan melalui pembedahan pada organ pembiakan jantan. Kajian ini juga mendedahkan bahawa pembesaran pada bahagian tomus sayap belakang dan corak tompok pada sayap A. egenaria dapat digunakan untuk membezakan spesies ini dari A. prepuncta.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Butterfly, A.egenaria, A.prepuncta, Lepidoptera, Arcnidae, Kampung Singgaron Baru, Kampung Nalapak, Ranau
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 31 Jul 2012 08:20
Last Modified: 23 Oct 2017 15:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4620

Actions (login required)

View Item View Item