Perkembangan protokom Paphiopedilum rothschildianum kepada planlet

Mohammad Tamrin Mohamad Lal (2007) Perkembangan protokom Paphiopedilum rothschildianum kepada planlet. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000701.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Paphiopedilum rothschildianum merupakan spesies orkid endemik di Sabah dan telah diwartakan sebagai tumbuhan terancam. Oleh itu, mikropropagasi iaitu salah satu teknik dalam kultur tisu yang terbukti menghasilkan tumbuhan dengan banyak pada masa yang singkat boleh diaplikasikan untuk meningkatkan bilangan spesies ini Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan kepekatan auksin dan jenis auksin yang berlainan terhadap perkembangan protokom P. rothschildianum. Perkembangan protokom P. rothschildianum dikaji dengan menggunakan auksin IBA, lAA dan 2,4-D pada kepekatan yang berbeza (0 mgrl¯¹; 0.1 mgrl; 0.2 mgrl¯¹; 0.3 mgrl¯¹; 0.4 mgrl¯¹; 0.5 mgrl¯¹; 0.75 mgrl¯¹ dan 1 mgrl¯¹) dalam media RE yang mengandungi kekuatan penuh vitamin MS, BAP 9 mgrl¯¹, keladi 100 grl¯¹, sukrosa 20 grl¯¹ dan arang 2 gr1¯¹ pada pH 5.3. Dalam tempoh 150 hari, protokom P. rothschildianum menunjukkan pertumbuhan yang cepat dengan penggunaan hormon IBA pada kepekatan 0.4 mgrl¯¹ dan hormon 2,4-D pada kepekatan 0.2 mgr¯¹, 0.3 mgrl¯¹ dan 0.4 mgrl¯¹. Penggunaan IAA tidak menunjukkan kesan yang jelas terhadap pertumbuhan protokom jika dibandingkan dengan IBA dan 2,4-D. Protokom pada peringkat planlet (peringkat 6)dapat diperhatikan dalam media rawatan IBA dan 2,4-D dengan maksimum peratus protokom berkembang kepada planlet adalah 20.83%±0.11 bagi IBA dan 20.59%±0.10 bagi 2,4-D selepas 150 hari pengkulturan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Paphiopedilum rothschildianum, Orchid, Orchid Sabah, Sabah
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Aug 2012 08:29
Last Modified: 23 Oct 2017 15:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4657

Actions (login required)

View Item View Item