Pemencilan lokus mikrosatelit dna menggunakan teknik "5 anchored PCR" daripada Belangkas (Tachypleus tridentatus)

Shafeeza Mohd Luthfi Ismail (2005) Pemencilan lokus mikrosatelit dna menggunakan teknik "5 anchored PCR" daripada Belangkas (Tachypleus tridentatus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000705.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Belangkas (Tachypleus tridentatus) merupakan haiwan yang mempunyai potensi yang tinggi dalam penghasilan Limulus Amoebyote Lysate (LAL). LAL merupakan bahan yang berupaya mengesan kehadiran endotoksin dan digunakan dalam ujian kesterilan alat-alatan perubatan. Menerusi kajian dan pemencilan mikrosatelit, DNA belangkas diekstrak daripada tisu otot kaki belangkas dengan menggunakan kaedah pengaraman keluar dan kepekatan DNA yang diperoleh ialah 240ng/μl. Primer degenarat PCT6 (�KKBNVSS(GATA)₆,³) digunakan dalam proses tindakbalas berantai polirnerase untuk mengamplifikasikan templat DNA tersebut. Produk PCR yang diperoleh kemudiannya diklonkan dalam vektor plasmid pCR 2.1 vektor dan ditransformasikan ke E.coli yang bertindak sebagai sel kompetan. Kemudian, produk PCR yang telah ditransfonnasikan ditumbuhkan dalam piring LB Luria Bertani yang mengandungi ampisilin (50μg/ml) sebagai penanda pemilih dan X-gal (40μl/ml). Sebanyak 421 koloni putih yang terbentuk berbanding hanya 25 koloni biru yang terbentuk. Koloni putih yang diperoleh kemudiannya dikulturkan dalam LB 'broth' semalaman sebelum pengekstrakan plasmid dilakukan. Pengekstrakan plasmid dilakukan menggunakan kaedah 'alkaline solution protocol'. Lima plasmid yang diperoleh dijujuk dengan menggunakan penjujukan secara automatik. Hasilnya, 12 mikrosatelit berjaya dipencilkan dan kesemua jujukan mikrosatelit ini dihantar adan disimpan di bank gen melalui laman web http://www.ncbi.nlm.nih.gov/. Nombor akses bagi setiap jujukan mikrosatelit akan diperoleh sejurus selepas penghantaran. Nombor-nombor akses yang diperoleh ialah A Y940069 bagi klon PCT64C, A Y940068 bagi klon PCT61B, A Y940070 bagi klon PCT65B, A Y940071 bagi klon PCT66B dan A Y940072 bagi klon PCT62A. Nombor akses ini boleh digunakan sebagai nombor rujukan bagi mendapatkan jujukan DNA mikrosatelit sekiranya kajian lanjut terhadap jujukan mikrosatelit ini dijalankan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Horseshoe crab, Tachypleus tridentatus, Limulus Amoebyote Lysate (LAL)
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP248.13-248.65 Biotechnology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Aug 2012 14:57
Last Modified: 23 Oct 2017 15:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4661

Actions (login required)

View Item View Item