Kesan masa prapenyejukan yang berbeza terhadap kualiti lepastuai buah nanas (Ananas comosus L. Merr) Varieti Babagon

Rosalia Ginsos (2006) Kesan masa prapenyejukan yang berbeza terhadap kualiti lepastuai buah nanas (Ananas comosus L. Merr) Varieti Babagon. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000709.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk mengukur kesan rawatan masa prapenyejukan air sejuk dan tempoh penyimpanan terhadap kualiti buah nanas (Ananas comosus L. Merr.) Varieti Babagon. Perubahan fizikal dan kimia buah nanas disukat selepas prasejuk selama 1/8,¼, ½, ¾ dan 7/8 masa penyejukan dan disimpan dalam bilik penyimpanan bersuhu 12±2 °C selama 1, 2, 3 dan 4 minggu penyimpanan. Rawatan kawalan hanya direndam dalam air suling lebih kurang seminit sebelum disimpan di bilik penyimpanan. Buah dengan indeks tiga yang sempurna, berat seragam (125 ± 25 g) dan bebas dari kecederaan dipilih untuk kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk penuh rawak dengan rawatan disusun secara faktorial ( 6 masa prapenyejukan x 4 jangka masa penyimpanan) dengan 3 replikasi. Keputusan menunjukkan bahawa masa penyejukan yang berbeza memberikan kesan yang bererti kepada kejadian keperangan pennukaan, jumlah pepejal terlarut, asid tertitrat dan kehilangan berat buah nanas. Masa penyejukan ½ menunjukkan kejadian keperangan permukaan dan jumlah pepejal terlarut yang rendah berbanding dengan masa penyejukan yang lain. Kejadian keperangan merupakan petanda awal gejala kecederaan dingin. Didapati kehilangan berat adalah paling rendah pada 7/8 masa penyejukkan. Walaubagaimanapun peningkatan kehilangan berat turut meningkatkan kejadian keperangan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan Y2 masa penyejukan sebagai masa prapenyejukan yang paling sesuai bagi buah nanas dalam usaha untuk mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat komoditi ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pineapple, Ananas comosus L. Merr, Varieti Babagon, Cooling time, Storage duration
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Aug 2012 14:30
Last Modified: 23 Oct 2017 15:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4680

Actions (login required)

View Item View Item