Penggunaan wireless internet di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Sathissan Ragavan (2007) Penggunaan wireless internet di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000715.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengeksploitasi faktor yang menggalakkan penggunaan wireless internet, mengklasifikasikan tujuan penggunaan wireless internet dan menentukan impak penggunaan wireless internet terhadap budaya sosial para pelajar UMS. Seramai 261 orang pengguna wireless internet di UMS telah memberikan maklum balas terhadap borang soal selidik yang telah diedarkan. Analisis faktor digunakan untuk mengenal pasti faktor penggunaan wireless internet dan mengenalpasti kesan pengunaan wireless internet di UMS. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat dua tujuan akademik penggunaan wireless internet iaitu untuk berkomunikasi serta mendapatkan maklumat tambahan dan untuk menimba ilmu serta menyiapkan tugasan. Tujuan bukan akademik penggunaan wireless internet pula boleh dikelaskan kepada tiga faktor iaitu bersosial, hiburan, komunikasi dan aktiviti e-commerce. Empat kesan penggunaan wireless internet telah dikenalpasti iaitu dua kesan positif (meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu semasa, meningkatkan kecekapan dalam pengunaan komputer dan membentuk pelajar yang lebih bijak dan yakin) dan dua kesan negatif (pembaziran masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan pengguna ketagih untuk melayari internet bagi suatu tempoh yang panjang). MANOVA digunakan untuk mengkaji perbezaan faktor melayari wireless internet dari aspek jantina dan tahun pengajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara faktor penggunaan wireless internet di UMS mengikut jantina dan tahun pengajian pelajar.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Wireless internet, Internet usage, WiFi, Communication, UMS students
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK1-9971 Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > TK5101-6720 Telecommunication Including telegraphy, telephone, radio, radar, television
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Sep 2012 10:15
Last Modified: 23 Oct 2017 15:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4761

Actions (login required)

View Item View Item