Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah di kawasan Kota Belud, Sabah

Aida Ab Wahab (2007) Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah di kawasan Kota Belud, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000381.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak. di bahagian barat laut Sabah dan dibatasi oleh garis lintang 06°20'U hingga 06°25'U dan garis bujur 116°19'T hingga 116°26'T yang meliputi keluasan sebanyak 91 kilometer persegi. Objektif kajian ialah untuk mengkaji aspek geologi am, sifat fiziko-kimia dan sifat kejuruteraan tanah. Kawasan kajian merangkumi tanah tinggi dengan ketinggian melebihi 150 meter dan kawasan tanah rendah yang terdiri daripada aluvium paya, aluvium sungai, aluvium pantai dan juga sawah padi. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang dianggarkan berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal dan endapan Aluvium Kuatemer yang berusia Resen. Formasi Crocker terdiri daripada Unit Batu Pasir Masif, Unit SeJang Lapis Batu Pasir dan Syal, Unit Syal Merah dan Unit Syal Kelabu manakala endapan Aluvium merangkumi aluvium paya, aluvium sungai, a1uvium pantai dan juga sawah padi. Berdasarkan analisis geologi struktur, dapat ditafsirkan bahawa kawasan kajian mengalami canggaan pada arah Barat Laut-Tenggara. Kajian sifat fiziko-kimia dan sifat kejuruteraan telah dijalankan di lima lokasi 1aitu tiga daripada sampel tanah merupakan sampel Aluvium dan dua lagi sampel tanah merupakan sampeJ tanah daripada Formasi Crocker. Hasil analisis sifat fiziko-kimia menunjukkan kandungan kelembapan berjulat daripada 17.80% hingga 55.43% dengan nilai tertinggi adalah pada sampel L5. Ujian pH pula menunjukkan julat antara 5.53 hingga 7.18 manakala peratus kandungan bahan organik tertinggi ialah 7.11 % iaitu pada sampel L1. Analisis tabu ran saiz partikel mengelaskan kelima-lima sampel bersaiz lempung dengan sifat keplastikan yang rendah hingga tinggi. Ketumpatan kering maksimum bagi kelima-lima sampel adalah berjulat daripada 1.53 Mg/m³ hingga 1.76 Mg/m³ dan ujian kebolehtelapan menunjukkan bahawa sampel tanah mempunyai pekali kebolehtelapan yang tidak telap hingga sangat rendah iaitu berjulat 5.88 x 10�¹¹ m/s hingga 1.36 x 10�� m/s. Ujian kekuatan ricih tak terkurung menunjukkan nilai kekuatan ricih bagi kelima-lima sampel adalah lembut dan berjulat antara1.84 kN/m² hingga 5.94 kN/m².

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Engineering properties, Crocker formation, Quaternary alluvium, Swamp alluvium, Physico-chemical, Kota Belud, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Dec 2011 16:41
Last Modified: 12 Oct 2017 11:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/482

Actions (login required)

View Item View Item