Geologi am dan analisis kestabilan cerun kawasan Menggatal-Telipok Sabah

Leong, Alexandar Vun Kang (2007) Geologi am dan analisis kestabilan cerun kawasan Menggatal-Telipok Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000386.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian tertumpu di Menggatal-Telipok (T 116°11' ke T 116°15' dan U 6°00' ke U 6°09'). Objektif kajian ini adalah untuk memahami geologi am kawasan kajian, memetakan lokasi kegagalan cerun, menganalisis kestabilan cerun, mengkaji faktor-faktor kegagalan cerun dan menghasilkan suatu peta geologi yang terkini di kawasan kajian. Kawasan ini terletak di bawah Formasi Crocker (Eosen-Miosen) yang terdiri daripada lapisan tebal batu pasir, lapisan nipis batu pasir dan lodak, syal merah dan syal kelabu. Aluvium yang terdiri daripada endapan batuan krikil, batu pasir dan lempung. Melalui analisis petrografi, didapati batuan Formasi Crocker dikelaskan sebagai 'kuarza wak'. Analisis struktur-struktur geologi menunjukkan bahawa arah daya canggaan yang dikenakan ke atas kawasan kajian ialah Barat Laut-Tenggara. Sampel-sampel tanah bersifat asid lembab (4.56-4.94), mempunyai kandungan kelembapan yang sederhana (21.220/0-34.40%) dan berkandungan baban organik rendah (1.59%-2.79%). Sampel-sampel tanab dikelaskan sebagai 'lempung', 'lodak berlempung" 'lempung berlodak' dan 'lempung dan pasir berlodak'. Semua sample tanah bersifat keplastikan rendah hingga tinggi. Kekuatan ricih tanab berjulat antara 11.55kN/m² dan 61.14 kN/m² (lembut-sederhana). Nilai kebolehtelapan menunjukkan sample tanah tidak telap (1.70x l0¯¹� m/s - 7.83 X 10¯� m/s). Berdasarkan ujian beban titik, kekuatan batuan dikelaskan sebagai sederhana dan sederhana kuat (0.54MPa-1.59MPa). Permodelan hirisan mudah menunjukkan kelima-lima cerun batuan kajian tidak: selamat dan berpotensi gagal (faktor kegagalan tanpa geseran: 0.32-0.60). Ujian Markland menunjukkan corak kegagalan major bagi cerun-cerun ialah jenis baji dan satah. Faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan cerun dalam kawasan kajian ialah seperti latar belakang geologi, sifat kejuruteraan tanah dan batuan, hakisan tanah, luluhawa tanah dan darjah kecerunan. Penyelidikan kejuruteraan geologikal ini memainkan peranan penting dalam penilaian kestabilan cerun dengan memelihara keselamatan masyarakat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Structures geology, Crocker formation, Slope failure location, Slope stabilization, Geological map, Menggatal-Telipok, Sabah
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 11 Jan 2012 17:18
Last Modified: 12 Oct 2017 11:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/491

Actions (login required)

View Item View Item