Geologi am dan kajian sifat kejuruteraan tanah kawasan Utara Papar, Sabah

Zulfikar Henra Abdul Rahman (2006) Geologi am dan kajian sifat kejuruteraan tanah kawasan Utara Papar, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000387.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Lokasi kawasan kajian terletak di utara Papar Sabah yang dibatasi oleh garis longitud antara 116°03'T hingga 116° 08'T dan garis latitud 5°48'U hingga 5°53'U. Keluasan kawasan kajian adalah kira-kira 100 km². Kawasan bertopografi tinggi terletak di bahagian timur dan tenggara kawasan kajian didominasikan oleh Formasi Crocker. Kawasan tanah rendah pula terdiri daripada Endapan Kuaternari. Litologi Formasi Crocker dibabagikan kepada dua unit iaitu batu pasir tebal dan batu pasir berselang lapis dengan syal. Kajian petrografi menunjukkan batu pasir kawasan kajian didominasikan oleh kuarza dan feldspar. Endapan Kuaterner pula terdiri daripada pasir, lumpur dan lodak. Analisi geologi struktur di kawasan kajian menunjukkan kawasan ini telah mengalami arah daya canggaan yang bertren tenggara - barat laut. Kajian yang telah dijalankan ke atas keempat - empat sampel menunjukkan peratus saiz lempung yang rendah iaitu berjulat dari 18.65 % hingga 26.45%. Saiz butiran pasir adalab berjulat 31.25% hingga 50.38% manakala peratus lempung adalah berjulat dari 30.82% hingga 26.45%. Sampel tanah dikelaskan sebagai lempung berlodak pasir, lodak berpasir lempung dan pasir lempung. Ujian had Atterberg menunjukkan sampel tanah dikelaskan sebagai keplastikan rendah hingga berkeplastikan sederhana. Ujian Muatan Pertukaran Kation (CEC) menunjukkan kesemua sampel tanah mempunyai nilai yang rendah berjulat 0.10 Meq/l00g hingga 0.48 Meq/l00g. Ujian pemadatan menunjukkan nilai ketumpatan kering maksima berjulat dari 1.64 Mg/m². hingga 1.74 Mg/m².Ujian kekuatan ricih tanah pula menunjukkan keempat-empat sampel mempunyai kekuatan yang lemah iaitu sekitar 11.61 kN/m². hinggalah 28.04 kN/m². Ujian kebolehtelapan sampel pula mendapati kesemua sampel dikelaskan sebagai mempunyai kebolehtelapan yang rendah iaitu berjulat 1.89 x 10�� m/s hingga 7.08 x 10�� m/s.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Crocker formation, Quaternary deposits, North area Papar, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 16 Jan 2012 11:44
Last Modified: 12 Oct 2017 11:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/492

Actions (login required)

View Item View Item