Menentukan kedalaman air yang optimum untuk pertumbuhan dan hasil padi varieti MR 159 secara mengubah dalam sistem penanaman padi

Siti Kalsom Yulo (2010) Menentukan kedalaman air yang optimum untuk pertumbuhan dan hasil padi varieti MR 159 secara mengubah dalam sistem penanaman padi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000784.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kedalaman air yang optimum untuk penanaman padi varieti MR 159 dengan menggunakan kedalaman air yang berbeza serta melihat kesannya terhadap pertumbuhan dan hasil padi tersebut. Bahan penanaman iaitu biji benih padi yang diperolehi daripada Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran, Jabatan Pertanian Sabah telah diubah ke dalam pasu penanaman pada hari ke 21 selepas disemai. Terdapat empat rawatan kedalaman air yang dlgunakan iaitu D1 (2 em) sebagai kawalan, D2 (4 em), D3 (6 em) dan D4 (8 em) dengan setiapnya mempunyai empat replikasi. Reka bentuk eksperimen yang digunakan adalah Rekabentuk Rawak Lengkap. Pemerhatian dan pengambilan data untuk pertumbuhan dilakukan setiap minggu bermula pada han selepas mengubah manakala hasil padi ditentukan setelah pokok padi dituai. Bagi tanaman padi, parameter yang diukur adalah bilangan daun, ketinggian pokok dan bilangan anakan padi, manakala untuk hasil pengeluaran parameter seperti bilangan malai per rumpun, panjang malai, bilangan butiran padi per malai, peratus butiran berisi, peratus hampa dan berat 1000 butir padi juga telah diukur. Setaln itu, pengiraan hasil pengeluaran padi juga telah diunjurkan. Analisis data dengan menggunakan ANAVA menunjukkan rawatan D1 telah memberikan bilangan anakan padl yang maksimum (32) diikuti oleh D2 (30), D3 (26) dan D4 (24). Hasil keputusan menunjukkan bahawa apablla kedalaman air semakin berkurang, bllangan anakan padi semakin meningkat. Rawatan D1 juga telah menunjukkan jumlah bilangan daun yang paling tinggi (12) diikuti oleh D3 (11), D4 (11) dan D2 (10). Akan tetapi, rawatan 03 memberikan peratus yang tertinggi untuk anakan produktif (92.3%) diikuti oleh D4 (91.7%), D2 (86.7%) dan D1 (76.1%). Hasil pengeluaran yang paling tinggi telah dlcatatkan oleh rawatan D2 (2.78 tan ha¯¹) disusuli oleh D1 (2.64 tan ha¯¹), D3(2.4 tan ha¯¹) dan D4 (2.0 tan ha-1). Berdasarkan hasil penemuan kajian ini, julat kedalaman air yang sesuai untuk penanaman padi varieti MR 159 adalah antara 4-6 em kerana ianya mudah dicapai oleh petani.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Paddy, Paddy variety, MR 159, Paddy planting system, Cultivation paddy, Growth and Yield, Tuaran, Sabah
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB183-317 Field crops Including cereals, forage crops, grasses, legumes, root crops, sugar plants, textile plants, alkaloidal plants, medicinal plants
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 08 Oct 2012 18:08
Last Modified: 13 Oct 2017 09:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5030

Actions (login required)

View Item View Item