Penghasilan minuman pegaga campuran limau kasturi

Mohd Syukri Mustafa (2005) Penghasilan minuman pegaga campuran limau kasturi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000805.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan minuman pegaga campuran limau kasturi. Kajian awal melibatkan pembentukan 12 formulasi daripada kombinasi jus pegaga (6.83%, 8.83%, 10.83%, dan 12.83%) dan jus Iimau kasturi (2.0%, 2.5% dan 3.0%) yang berlainan. Sebanyak 4 formulasi terbaik iaitu F3, F5, F8 dan F10 dipilih melalui ujian pemeringkatan dan seterusnya 1 formulasi akhir ditentukan melalui ujian hedonik. Formulasi terbaik ini dilakukan ujian mutu simpanan melalui ujian fizikOkimia dan ujian mikrobiologi pada suhu bilik dan suhu sejuk selama 8 minggu. Daripada keputusan ujian fiziko kimia, sampel yang tidak ditambah natrium benzoat dengan disimpan pad a suhu sejuk dan suhu bilik menunjukkan kerosakan berlaku dengan cepat berbanding dengan sampel yang ditambah natrium benzoat. Bagi penyimpanan suhu bilik, nilai pH sampel yang ditambah natrium benzoat semakin menurun iaitu dari 3.90 ± 0.01 hingga 3.19 ± 0.04 manakala pada suhu sejuk pula adalah 3.90 ± 0.02 hingga 3.38 ± 0.02. Bagi jumlah keasidan, sampel yang ditambah natrium benzoat pada penyimpanan suhu bilik adalah 0.42 ± 0.03 hingga 0.87 ± 0.03 dan pada suhu sejuk pula adalah 0.41 ± 0.01 hingga 0.65 ± 0.02. Manakala asid askorbik menunjukkan penurunan daripada 8.51 ± 0.42 hingga 2.64 ± 0.36mg/100g pada suhu bilik dan pada suhu sejuk pula dari 8.59 ± 0.42 hingga 3.03 ± 0.26. Nilai °Brik yang disimpan pada suhu bilik berubah dari 11.35 ± 0.21 hingga 11.00 ± 0.00 manakala °Brik yang disimpan pada suhu sejuk adalah 11.40 ± 0.14 hingga 11.00 ± 0.0. Ujian mikrobiologi menunjukkan sampel yang tidak ditambah natrium benzoat ditumbuhi kulat dan yis dengan cepat manakala sampel yang ditambah natrium benzoat menunjukkan pertumbuhan koloni kulat dan yis yang masih rendah walaupun disimpan 8 minggu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Drink, Pegaga, Centella asiatica, Calamansi drink, Lime
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Nov 2012 17:24
Last Modified: 13 Oct 2017 12:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5350

Actions (login required)

View Item View Item