Kepelbagaian ikan di Hutan Paya Gambut Semenanjung Klias, Sabah

Harnitta Sulaiman (2008) Kepelbagaian ikan di Hutan Paya Gambut Semenanjung Klias, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
5674[1]

Download (25kB)

Abstract

Kajian ini adalah tentang kepelbagaian ikan yang terdapat pada kawasan paya gambut Klias, Beaufort Sabah. Sebanyak 3 kali kerja lapangan iaitu pada 6-7hb Januari, 18-19hb Januari dan 22-24hb Februari telah dijalankan. Kaedah mengumpul ikan yang digunakan adalah menggunakan pukat dan jaring. Jumlah individu ikan keseluruhan adalah sebanyak 242 ekor ikan. Dalam kajian ini terdapat 8 famili ikan dan 14 spesies ikan yang beIjaya dikenalpasti dan 1 famili ikan yang tidak berjaya dikenalpasti. Famili ikan tersebut terdiri daripada Luciochephalidae, Channidae, Clariidae, Cyprinidae, Hemirhampidae, Belontidae, Anabantidae dan Siluridae. Famili Cyprinidae merupakan famili ikan yang mempunyai paling banyak spesies dijumpai iaitu 4 spesies diikuti dengan famili Belontidae iaitu 3 spesies dan famili Channidae iaitu 2 spesies. Famili lain masing-masing hanya mempunyai 1 spesies sahaja Spesies ikan yang berjaya ditangkap terdiri daripada Luciochephalus pulcher, Channa lucius, Channa striatus, Clarias teijsmanni, Rasbora kalochroma, Puntius johorensis, Cyclocheilichthys apogon, Rasbora einthovenii, Hemirhamphodon pogonognathus, Betta akarensis, Trichogaster trichopterus, Trichogaster pectoralis, Anabas testudineus, dan Ompok bimaculatus. Jumlah individu paling banyak ditangkap adalah famili Belontidae iaitu 92 ekor ikan manakala paling sedikit ialah dari famili yang belum dikenalpasti (unknown) sebanyak 2 ekor ikan. Betta akarensis adalah spesies yang paling banyak ditangkap iaitu 54 ekor ikan manakala ikan dari spesies yang belum dikenalpasti dan Rasbora einthovenii merupakan spesies ikan paling sedikit terdapat di kawasan ini iaitu masing-masing sebanyak 2 ekor sahaja. Kajian ini menunjukan kawasan paya gambut Klias, Beaufort Sabah mempunyai diversiti spesies ikan yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Fisheries, Fish diversity, Klias peninsula peat swamp, Beaufort, Dip net, Gill net
Subjects: Q Science > QL Zoology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 06 May 2013 16:33
Last Modified: 13 Oct 2017 15:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5674

Actions (login required)

View Item View Item