Tuan guru Dato' haji Nik Abdul Aziz Nik Mat: Tokoh pendakwah dan politik Islam negeri Kelantan (1967-2004)

Sassuliza Muhmad (2009) Tuan guru Dato' haji Nik Abdul Aziz Nik Mat: Tokoh pendakwah dan politik Islam negeri Kelantan (1967-2004). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000884.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang tokoh pendakwah dan politik Islam terkenal di Negeri Kelantan.Beliau merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat kewibawaan, cekal serta mempunyai pandangan yang jauh dalam mengorak langkah kepimpinan beliau di Negeri Che Siti Wan Kembang tersebut. Keperibadian Tuan Guru Dato' telah menjadikan beliau seorang yang dihormati oleh masyarakat, kawan mahu pun pihak lawan. Tuan Guru Dato' bersifat warak, alim dan bersederhana dalam segala hal. Hal ini telah menyerlahkan lagi keperibadian beliau. Beliau turut dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat di desa mahu pun di bandar. Tuan Guru Dato' amat berkomitmen dalam bidang pendi3kwahan dan politik Islam. Walaupun Tuan Guru Dato' berada di barisan pihak pembangkang, namun hal ini tidak menjadikan beliau seng yang mudah berputus asa menghadapi lumrah hidup sebagai seorang politikus. Ia amat memerlukan kesungguhan dan kecekapan dalam setiap kepimpinan yang dijalankan. Sebagai seorang menteri besar, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz telah menjalankan reformasi ke atas dasar kepimpinan yang berteraskan AI - Quran dan As-Sunnah dalam pelbagai aspek iaitu dalam aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan, beliau juga tidak terlepas daripada pelbagai kritikan dan tidak hilangg dari tengah-tengah individu yang ingin menjatuhkan beliau serta mencari kesilapan untuk melemahkan beliau dalam pelbagai perkara melalui agenda-agenda tertentu sama ada dalam bentuk kepimpinan, pertalian keluarga atau dalam soal pendakwahan. Bagi rakyat Kelantan, Tuan Guru Dato' dianggap sebagai suatu 'simbolik' di Negeri Kelantan. Keunikan dan keperibadian Tuan Guru Dato' telah menyebabkan beliau berjaya mengekalkan prestasi kedudukan beliau dalam bidang pendakwahan serta politik lebih dari tiga dekad. Dalam latihan ilmiah ini, pengkaji turut memperlihatkan kepada pembaca mengenai keistimewaan dan keunikan yang terdapat pada Tuan Guru Dato' yang turut merangkap sebagai Mursyidul AmMalaysia (PAS). Selain dari itu, pengkaji akan menyoroti langkah-Iangkah mahu pun strategi-strategi yang diambil oleh Tuan Guru Data' dalam menyampaikan pendakwahan Islam di Kelantan di sepanjang tempoh kajian pengkaji (1967-2004).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Dato' haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kelantan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 May 2013 12:31
Last Modified: 13 Oct 2017 16:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5871

Actions (login required)

View Item View Item