Pemencilan dan pencirian bakteria yang dominan di kawasan pelupusan logam di Inanam dan penentuan keupayaan biodegradasi terhadap heptana

Nuraihan Awang Kechil (2006) Pemencilan dan pencirian bakteria yang dominan di kawasan pelupusan logam di Inanam dan penentuan keupayaan biodegradasi terhadap heptana. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000890.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melakukan pemencilan dan pencirian koloni bakteria yang terdapat di dalam tanah di kawasan pelupusan logam di Inanam, Sabah. Bagi tujuan pemencilan koloni bakteria, media yang telah dipilih adalah nutrien agar. Sebanyak enam koloni yang paling dominan yang dapat tumbuh di atas agar telah dipilih berdasarkan keluasan koloni paling tinggi di dalam agar. Manakala pencirian koloni bagi kesemua enam koloni tersebut adalah berdasarkan ciri-ciri morfologi dan pewarnaan gram. Pengkulturan koloni di atas media yang mengandungi heptana pada kepekatan 94 % (v/v) menunjukkan bahawa koloni dapat tumbuh dan bertindakbalas positif terhadap heptana. Ini menunjukkan koloni tersebut berkeupayaan mendegradasi heptana.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: pemencilan dan pencirian bakteria , penentuan keupayaan biodegradasi terhadap heptana , pelupusan logam di inanam
Subjects: ?? QR75-99.5_Bacteria ??
Q Science > QR Microbiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 May 2013 11:54
Last Modified: 13 Oct 2017 16:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5877

Actions (login required)

View Item View Item