Keberkesanan penggunaan model 'Graphboard' dalam meningkatkan kemahiran melukis clan fy: melakar graf serta minat bagi topik graf fungsi ii bagi murid tingkatan 5c berpencapaian rendah di SMK Lohan, Ranau

Isnin Bida (2008) Keberkesanan penggunaan model 'Graphboard' dalam meningkatkan kemahiran melukis clan fy: melakar graf serta minat bagi topik graf fungsi ii bagi murid tingkatan 5c berpencapaian rendah di SMK Lohan, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000896.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan model `Graphboard' dalam meningkatkan kemahiran melukis dan melakar graf serta minat bagi Topik Graf Fungsi II terhadap mund berpencapaian rendah Tingkatan 5 di SMK Lohan, Ranau. Kajian utama yang dijalankan menggunakan pendekatan eksperimen dan analisis kuantitatif bagi instrumen kajian. Analisis adalah menggunakan perisian SPSS version 15, yang mana Ujian Sampel Bebas (atau Tidak Bersandar) dan Ujian Sampel Berpasangan (Bersandar) telah dijadikan rujukan untuk menentukan keberkesanan model ini sejajar dengan tujuan kajian. Pesampelan rawak untuk tujuan kajian ini telah dilakukan dikalangan populasi mund tingkatan 5 berpencapaian rendah. 66 daripada murid yang mendapat 45% markah ujian pra ke bawah dipilih, iaitu 33 murid sebagai kumpulan rawatan dan 33 sebagai kumpulan kawalan. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat peningkatan signifikan min ujian pos terhadap min ujian pra murid kumpulan rawatan akibat daripada penggunaan model 'Graphboard: Soal selidik yang menggunakan skala Likert juga dianalisis secara kuantitatif dan hasilnya menunjukkan murid berminat dengan penggunaan model ini dalam pembelajaran topik Graf Fungsi II. Oleh itu, penggunaan model bantu pengajaran dan pembelajaran seperti model 'Graphboard' sangat dicadangkan untuk diperluaskan penggunaan dalam subjek matematik terutamanya bagi murid yang berpencapaian rendah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: MODEL 'GRAPHBOARD' , CLAN FY DRAWING , SMK LOHAN , RANAU
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 13 May 2013 14:20
Last Modified: 13 Oct 2017 16:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5883

Actions (login required)

View Item View Item