Pengajaran dan pembelajaran berbantukan CD interaktif bagi topik Elektrokimia untuk menilai pencapaian murid dalam subjek kimia tingkatan 4

Caroline Jreneus (2008) Pengajaran dan pembelajaran berbantukan CD interaktif bagi topik Elektrokimia untuk menilai pencapaian murid dalam subjek kimia tingkatan 4. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000911.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran berbantukan CD Interaktif bagi topik elektrokimia untuk menilai pencapaian murid dalam subjek kimia tingkatan 4. Kajian ini dijalankan keatas 60 orang murid tingkatan empat iaitu kelas 4 Amanah dan 4 Bestari di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Pendekatan kajian yang dijalankan ini ialah pendekatan kuasi-eksperimental. Melalui kaedah ini, penyelidik telah membahagikan dua kelas ini sebagai kumpulan kawalan (4 Amanah) dan kumpulan rawatan (4 Bestari). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soalan praujian dan set soalan pascaujian serta borang soal selidik. Alat statistik yang digunakan adalah alpha-cronbach, diskriptif (frekuensi) dan ujian-t. Praujian bertujuan untuk mengetahui pencapaian pelajar sebelum pembelajaran dengan atau tanpa menggunakan CD Interaktif bagi kumpulan rawatan dan kawalan. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan CD Interaktif dijalankan kepada kumpulan rawatan manakala kumpulan kawalan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan CD Interaktif. Selepas itu, pascaujian dijalankan kepada kedua-dua kumpulan untuk membuat perbandingan bagi peningkatan peratusan markah murid. Soal selidik juga diedarkan kepada responden untuk mendapatkan respon murid terhadap penggunaan CD Interaktif di dalam kelas. Dapatan kajian ini mendapati responden kumpulan rawatan yang menggunakan CD Interaktif menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik

Item Type: Academic Exercise
Keyword: INTERACTIVE CD FOR LEARNING AND TEACHING , ELECTRO CHEMISTRY , SECONDARY SCHOOL
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 13 May 2013 13:29
Last Modified: 13 Oct 2017 16:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5899

Actions (login required)

View Item View Item