Kesan baja tahi ayam terhadap tumbesaran dan hasil terung (solanum melongena)

Amalina Hamdani (2008) Kesan baja tahi ayam terhadap tumbesaran dan hasil terung (solanum melongena). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000922.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

"Eksperimen ini dijalankan di plot penyelidikan Makmal Ladang, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Eksperimen dilakukan untuk mengkaji kesan kadar pembajaan yang berlainan bagi baja tahi ayam terhadap penghasilan terung (Solanum melongena). Kajian ini telah dijalankan dalam masa tiga bulan. Sebanyak lima kadar berlainan bagi baja tahi ayam ditabur sebagai rawatan: 0,1,2,4 dan 8 tan per hektar (bersamaan dengan 0,0.22,0.45 dan 1.8 kg per plot). Setiap rawatan mempunyai lima replikasi. Rawatan dalam kajian ini diatur dengan menggunakan rekabentuk rawak lengkap (CRD). Setiap kadar baja dibahagi dua, separuh ditabur sebagai baja permulaan dan baki sebagai baja penyelenggaraan. Dalam kajian ini, parameter yang dikaji termasuklah bilangan buah, hasil buah, saiz buah, hasil vegetatif dan ketinggian pokok terung. Keputusan kajian menunjukkan kadar baja tahi ayam sebanyak 8 tan/ha memberikan kesan yang terbaik kepada pertumbuhan dan penghasilan terung berbanding dengan kawalan (0 tan/ha). Purata bilangan buah tertinggi ialah 7.40 buah per pokok diperolehi daripada tanaman yang diberi kadar baja tahi ayam 8 tan/ha. Purata ukur lilit buah tertinggi ialah 16.60 cm diperoleh dari pokok dibaja pada kadar 8 tan/ha berbanding dengan 13.18 cm pada kadar baja 0 tan/ha. Purata berat basah yang tertinggi (113 g per pokok) juga dihasilkan oleh pembajaan dengan kadar 8 tan/ha. Manakala, purata bagi berat kering bahagian atas dan akar pokok masing-masing 71.9 g dan 21.2 g per pokok apabila tanaman ditabur baja dengan kadar 8 tan/ha."

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Solanum melongena
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 13 May 2013 12:01
Last Modified: 13 Oct 2017 17:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5910

Actions (login required)

View Item View Item