Pertumbuhan dan perkembangan protokom phalaenopsis phalaenopis gigantea (Orchidaceae) in Vitro

Nor Hafizah Ibrahim (2005) Pertumbuhan dan perkembangan protokom phalaenopsis phalaenopis gigantea (Orchidaceae) in Vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000355.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian dilakukan untuk mengkaji kesan baja terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Phalaenopsis giganfea. Sebanyak 14 jenis rawatan digunakan dan bagi setiap rawatan, 10 replikasi digunakan. Protokom bagi P.giganlea yang berumur 180 hari digunakan sebagai eksplan yang dikultur. Medium Nitsch dan Nitsch digunakan sebagai medium basal. Kepekatan baja komersial ( NPK 21 : 21: 21 ) pada 0. 75 gl‾1, O. 50 gl‾1, 0.525 gl‾1, 0.700 gl‾1, 0.875 gl‾1 dan 1.050 gl‾1 dan ekstrak ubi kentang pada kepekatan 0 grl ( w/v ). Berdasarkan keputusan, didapati bahawa media yang mengandungi hanya 30 gl‾1 ekstrak ubi kentang ( w/v ) dan media yang mempunyai 0.175 gl‾1 baja merupakan media yang memberikan kadar pertumbuhan dan perkembangan yang paling tinggi berbanding dengan media lain pada hujung tempoh pengkulturan dengan masing-ma ing mempunyai purata indeks pertumbuhan 491.50 dan 477.7 dan juga memberikan peratusan pengeluaran daun dan akar yang paling tinggi dengan masing-masing 51% dan 48.6% manakala media yang mengandungi 1.050gl‾1 baja + 30gl‾1 ekstrak ubi kentang dengan purata indeks pertumbuhan 332.83 dgn 0.93% pengeluaran daun dan akar merupakan media yang tidak sesuai digunakan untuk pertumbuhan dan perkembangan orkid P.giganlea kerana memberikan indek pertumbuhan dan pengeluaran daun dan akar yang paling rendah antara jenis media yang digunakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Growth orchid, Phalaenopsis Gigantea, Orchidaceae, Orchid
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Dec 2011 15:45
Last Modified: 12 Oct 2017 11:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/598

Actions (login required)

View Item View Item