Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain kawasan Pekan Ranau- Kg.Tungou, Jalan Ranau- Tambunan, Sabah

Lai, Yean Sang (2008) Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain kawasan Pekan Ranau- Kg.Tungou, Jalan Ranau- Tambunan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000344.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian ini terletak di sepanjang jalan Pekan Ranau ke Kampung Tungou (0-20km). Luas kawasan kajian ialah 120 km persegi dan dilingkungi oleh latitud U 5º 52' ke U 5º 57' serta longitud T 116º 32' ke T 116º 39'. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Trusmadi yang berusia Paleosen Lewat hingga Eosen Awal, Formasi Crocker yang berusia Eosen Lewat hingga Miosen Awal dan endapan alluvium kuaternari yang berusia Resen. Unit batuan Fonnasi Trusmadi terdiri daripada batu bergilit, selang lapis batu pasir dan lapisan syal dan batu pasir manakala Fonnasi Crocker pula terdiri daripada batu pasir, selang lapis batu pasir dan lapisan syal dan juga syal. Endapan aluvium terdiri daripada kerikil, pasir, lumpur dan lempung. Arah canggaan bagi Formasi Trusmadi dan Formasi Crocker di kawasan kajian ialah timur laut-barat daya. Penge1asan batu pasir sampel batuan adalah antara kuarza wak hingga Iitik wak. Kajian melibatkan pemetaan geologi kejuruteraan terain dengan menggunakan bantuan perisian ArcGIS bagi tujuan menentukan kesesuaian kawasan pembangunan. Peta-peta tematik yang dihasilkan termasuk peta taburan lokasi tanah runtuh, peta geologi kejuruteraan terain, peta elevasi digital (DEM), peta sudut cerun, peta jenis guna tanah, peta hakisan dan ketidakstabilan, peta kadar hakisan tanah (USLE), peta geobencana, peta geologi kejuruteraan, peta kesesuaian kawasan pembangunan dan peta zon risiko tanah runtuh. Daripada pemetaan kesesuaian kawasan pembangunan yang dihasilkan, didapati 66% daripada kawasan kajian terdiri daripada Kelas I dan II yang sesuai untuk dibangunkan. Kelas m meliputi 14% kawasan kajian yang kesesuaiannya adalah lebih rendah berbanding dengan Kelas I dan II. 20% kawasan kajian merupakan kawasan Kelas IV dan adalah tidak sesuai untuk dibangunkan kerana mempunyai had geoteknikal dan kos kejuruteraan yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Structure geology, Engineering geology, Trusmadi formation, Quaternary formation, Crocker formation, Terrain mapping, Ranau Town-Tungou, Ranau Road-Tambunan
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Dec 2011 16:35
Last Modified: 12 Oct 2017 13:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/614

Actions (login required)

View Item View Item