Geologi am dan kestabilan cerun di kawasan Luyang-Kepayan, Sabah

Mokhtar Harris Che Rashid (2006) Geologi am dan kestabilan cerun di kawasan Luyang-Kepayan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000342.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu yang dibatasi oleh 116 º 02' T bingga 116 º 07 T manakala garis lintang 05º 55' U bingga 05º 58' U. Keluasan kawasan kajian yang diliputi kira-kira seluas 63km³ . Kawasan kajian ini terletak dalam Formasi Crocker yang mempunyai usia lewat Eosen hingga awal Miosen dan Endapan Resen yang berusia resen. Formasi Crocker telah dibahagikan kepada 4 unit litologi iaitu Unit Batu Pasir Masif, Unit Batu Pasir dan Syal, Unit Syal Kelabu dan Unit Syal Merah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji geologi am kawasan kajian dan menganalisis kestabilan cerun yang terdapat di kawasan kajian. Sebanyak 3 cerun batuan, 5 cerun tanah dan 3 amblesan telah dikumpul dan dikenalpasti untuk membuat analisis makmal bagi mengetahui sifat fiziko kimia dan siat-sifat kejuruteraan sampel tersebut. Sifat fiziko kimia sampel tanah dapat ditentukan melalui ujian-ujian makmal seperti Kandungan Kelembapan, Kandungan Organik, Ujian pH, Analisis Saiz Butiran (yang melibatkan Had Plastik dan Had Cecair) dan Graviti Tentu. Hasil analisis yang telah dijalankan menunjukkan jenis tanah kawasan kajian adalah jenis lempung berpasir dengan lodak dan jenis lempung di mana kandungan peratusan pasir yang wujud adalah tinggi. Bagi analisis sifat-sifat kejuruteraan pula, ujian yang dilakukan adalah Ketelapan, Pemadatan Proctor dan Kekuatan Ricih Tanah. Bagi sampel batuan, kajian terhadap petrografi dan kekuatan titik batuan dilakukan bagi menganalisis sampel batuan tersebut. Melalui analisis petrografi menunjukkan mineral kuarza merupakan mineral utama yang terdapat dalam sampel batuan. Analisis kestabilan cerun melibatkan 2 analisis iaitu Ujian Markland bagi cerun batuan dan kaedah Hirisan bagi cerun tanab. Melalui analisis ujian Markland yang telah dijalankan menunjukkan bahawa cerun batuan di kawasan kajian berpotensi dan mengalami kegagalan cerun jenis baji. Melalui kaedah Hirisan, cerun tanah kawasan kajian adalah tidak selamat kerana mempunyai nilai faktor keselamatan yang kurang daripada 1. Analisis makmal yang telah dijalankan menunjukkan bahawa faktor yang menyebabkan kegagalan cerun adalah disebabkan kelemahan sifat fiziko kimia yang berpunca daripada luluhawa yang berlaku di kawasan kajian. Kegagalan cerun batuan pula disebabkan oleh kehadiran ketakselanjaran seperti kekar yang disebabkan kadar luluhawa yang tinggi di kawasan kajian. Punca utama kegagalan cerun di kawasan kajian adalah disebabkan oleh kadar luluhawa yang tinggi yang berpunca daripada iklim tropika. Kajian yang terperinci perlu dilakukan bagi mengelakkan bedakunya tanah runtuh. Bagi mengelakkan kejadian ini berlaku, struktur-struktur penahan cerun dan kaedah penutup bumi perlu dilakukan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Crocker formation, Luyang-Kepayan area, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 25 Nov 2011 17:53
Last Modified: 12 Oct 2017 13:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/616

Actions (login required)

View Item View Item