Geologi am dan petrologi batuan Igneus kawasan Ranau, Sabah

Elvaene James (2007) Geologi am dan petrologi batuan Igneus kawasan Ranau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000340.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di daerah Ranau, Kota Kinabalu dan disempadani oleh garis latitud 05°56' U hingga 06°01' U dan longitud 116°37' T hingga 116°43' T. Kawasan kajian meliputi keluasan lebih kurang 130km². Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji secara terperinci geologi am serta petrologi batuan igneus di kawasan Ranau dan juga menyediakan satu peta geologi kawasan Ranau, Kota Kinabalu, Sabah. Kawasan kajian terdiri daripada batuan Ultrabes, batuan Granodiorit, Formasi Crocker, Formasi Trusmadi, Endapan Kelikir Pinosuk dan aluvium. Kajian geologi struktur menunjukkan bahawa arah canggaan di kawasan kajian bertren Barat laut – Tenggara dan Barat Daya - Timur Laut. Batuan ultrabes terdiri daripada Peridotit, Piroksenit, dan Dunit yang telah mengalami proses serpentinit. Batuan ultrabes dan gabro dikaitkan dengan aktiviti igneus pada Kapur Atas manakala batuan granodiorit dikaitkan dengan fasa kedua aktiviti igneus pada Miosen Tengah. Selain itu dijumpai batuan volkanik di kawasan kajian namun masih tidak pasti singkapan batuan. Berdasarkan kepada analisis data geokimia, didapati bahawa batuan igneus mempunyai kandungan Si0² yang rendah iaitu kurang 45% manakala gabro mempunyai 50.20% dan granodiorit adalah 59.39%. Batuan ultrabes dan gabro mempunyai nilai yang tinggi untuk MgO iaitu 37.40% dan 25.50% manakala granodiorit mempunyai nilai yang rendah iaitu 3.66%. Berdasarkan kepada peratusan Ti0² didapati batuan berasal daripada arka kepulauan kerana peratusan Ti0² kurang daripada 1.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Geological map, Ultrabasic rocks, Igneus rock, Ranau
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 25 Nov 2011 18:06
Last Modified: 12 Oct 2017 13:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/619

Actions (login required)

View Item View Item