Biosensor bienzim berasaskan tindak balas enzim acid phosphatase dan glucose oxidase bagi penentuan pestisid organofosfat

Charlene Dawn L. Toyong (2005) Biosensor bienzim berasaskan tindak balas enzim acid phosphatase dan glucose oxidase bagi penentuan pestisid organofosfat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001107.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bagi menghasilkan sebuah biosensor potensiometrik bagi penentuan pestisid organophosphate. Satu bioelektrod bienzim klasik dihasilkan dengan menyekat gerak enzim asid phosphatase (AP) dan glukosa oksidase (GOD) pada membran yang seterusnya akan diletakkan pada hujung sebuah elektrod potensiometrik. Nilai V maks bagi tindak balas bienzimatik di antara enzim asid phosphatase dan glukosa oksidase ialah 13.97 mV min-l dan nilai Km ialah 3.673 mM. Biosensor bienzim ini boleh mengesan substrat glukosa-6-phosphate dari 5.0 x 10-5- 3.3 x 10-3 M. Pestisid organofosfat mempunyai kadar perencatan yang tinggi terhadap enzim asid phosphatase. Dengan itu, unsur organofosforus yang terkandung dalam sesuatu sampel boleh ditentukan dengan mengkaji tindak balas yang berlaku hasil penambahan sampel ke dalam larutan tindak balas yang mengandungi substrat glukosa-6-phosphate. Tindak balas yang berlaku iaitu perubahan bacaan pada potensi elektrod direkodkan dan dianalisa. Tindak balas dijalankan pada kepekatan substrat 0.001M, pH 6.0 dan suhu bilik (27°C). Had pengesanan bioesensor bienzimatik asid phosphatase dan glukosa oksidase terhadap unsur organofosforus adalah sehingga serendah 0.9 µg 1-1.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: biosensor, organophosphorous, bienzymatic, bioelectrode, acid phosphatase, glucose oxidase
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Jun 2013 14:55
Last Modified: 13 Oct 2017 15:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6245

Actions (login required)

View Item View Item