Penggunaan kawalan proses statistik dalam pengeluaran ubat di pusat bekalan farmasi Negeri Sabah

Chang, Gillian (2007) Penggunaan kawalan proses statistik dalam pengeluaran ubat di pusat bekalan farmasi Negeri Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001118.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penggunaan Kawalan Proses Statistik dalarn pengeluaran produk fannaseutikal adalah arnat penting bagi meningkatkan kualiti dan menyekat kerosakan produk. Kawalan Proses Statistik merujuk kepada aktiviti memeriksa pengumpulan fakta berangka dan seterusnya mengarahkan kepada tindakan susulan dengan mengunakan teknik-teknik statistik. Kertas kerja ini menguji potensi kaedah Kawalan Proses Statistik untuk menentukan keputusan akhir ujian kawalan mutu fizikokimia yang dijalankan terhadap ubat MMT sarna ada menyarnai piawaian yang ditetapkan. Dalarn kajian ini, tatacara pemilihan carta kawalan digunakan untuk mengenalpasti jenis carta kawalan yang sesuai digunakan. Carta kawalan individu-X dan julat bergerak dan carta kawalan min dan julat digunakan untuk menganalisa data yang telah dikumpulkan. Kajian ini turnt memantau min proses menggunakan carta EWMA. Sebelum analisa data dilakukan, kenormalan set data ditentukan oleh ujian Shapiro-Wilks. Kecekapan proses pengeluaran ubat MMT diuji dengan menggunakan indeks kecekapan. Carta kawalan individu-X dan julat bergerak menunjukkan bahawa proses ujian berat per mililiter sarnpel ubat MMT berada dalarn kawalan statistik. Manakala kajian menggunakan carta kawalan EWMA pula menunjukkan bahawa proses ujian berat per mililiter sampel ubat MMT adalah tidak stabil. Dapat disimpulkan di sini bahawa carta kawalan EWMA lebih peka untuk menguji kestabilan proses pengeluaran yang berlaku dalam tempoh yang singkat. Dengan yang demikian, tindakan pembetulan atau penambaikan boleh dibuat sebelum terhasilnya produk akhir yang rosak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: statistical process control, pharmacuetical product, EWMA control chart
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Jun 2013 12:59
Last Modified: 16 Oct 2017 14:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6266

Actions (login required)

View Item View Item