Pembinaan dan pengoptimum AI(III)-ISE untuk penentuan aluminium di dalam air

Juria Joten (2007) Pembinaan dan pengoptimum AI(III)-ISE untuk penentuan aluminium di dalam air. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001135.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

AI(III)-ISE telah dibina menggunakan kurkumin (1,7-bis-(hyroxy-3-metoxyphenyl)- 1,6-heptadiane-3,5-dion) sebagai ionopor dalam penyediaan membran Al(III)-ISE. Komposisi membran yang disediakan terdiri daripada 5% kurkumin, 58% bahan pemplastik DEP, 32% polivinilklorida (PVC) sebagai matriks polimer dan 5% garam lipofilik (NaTPB) sebagai pemencil ion dengan berat keseluruhan ialah 1.0 g. Komposisi membran juga mengandungi 3 mL larutan THF sebagai pelarut bahanbahan kimia di atas. AI(III)-ISE yang dihasilkan menunjukkan respon linear untuk pengukuran aktiviti ion AI(III) padajulat IxIO-1 M hingga 1x10-4 M dengan kecerunan 13 mV per-dekad. AI(III)-ISE yang dibina berfungsi dengan baik pada julat pH 3 hingga 9. Anggaran had pengesanan elektrod pula adalah sehingga 7.93 x 10-5 M. Keselektivian AI(III)-ISE diuji dengan menggunakan ion-ion seperti Mg2+, Ca2+ Cu2+ , Fe3+ dan Mn2+ . Elektrod pemilih ion AI(III) yang dicadangkan mempunyai masa respon antara 20-40 saat dengan jangka hayat elektrod sehingga 3 minggu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: AI(III)-ISE, aluminium, water, curcumin, ionophore, electrode
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Jun 2013 14:12
Last Modified: 23 Oct 2017 12:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6299

Actions (login required)

View Item View Item