Analisis polimorfisma penanda mikrosatelit yang terangkai dengan gen rintang hawar bakteria dalam tanaman padi (Oryza Sativa L) tanah kering di Sabah

Fadzlina Abdul Razak (2007) Analisis polimorfisma penanda mikrosatelit yang terangkai dengan gen rintang hawar bakteria dalam tanaman padi (Oryza Sativa L) tanah kering di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001173.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tahap polimorfisma dikaji dengan menggunakan tujuh pen and a mikrosatelit iaitu RM13, RM122, RM214, RM251 , RM263, RM390 dan RM611. Penanda-penanda ini telah diketahui terangkai dengan gen rintang hawar bakteria, xa5 dan Xa7lxa8. Sejumlah 18 sampel padi digunakan, iaitu 15 sampel padi tanah kering Sabah dan tiga varieti padi antarabangsa dari IRRI, Filipina. Varieti IRBB5 dan IRBB8 adalah bersifat rintang kepada penyakit hawar bakteria, manakala varieti IR24 adalah bersifat rentan. Sejumlah 27 alel telah berjaya dikesan ke atas 18 sampel varieti padi dengan bilangan alel tertinggi (tujuh aiel) diperolehi pada lokus RM214 dan bilangan aiel terendah pada lokus RM13 dan RM263 (dua aiel). Berdasarkan analisis POPGENE versi 1.31 , nilai Polymorphism Information Content (PIC) berjulat dari 0.3750 (RMI3) hingga 0.8166 (RM214) dengan purata 0.6010 per lokus. Secara keseluruhan, kesemua lokus mikrosatelit menunjukkan genotip yang homozigot kecuali lokus RM251 yang menunjukkan genotip yang heterozigot terhadap varieti IRBB5. Nilai heterozogositi yang dicerap (HO) berjulat dari 0 hingga 0.0714 dengan purata 0.0102, dan nilai heterozogositi yang dijangka (He) adalah dari 0.4286 hingga 0.8492, dengan purata 0.6385. Jarak genetik yang tertinggi iaitu 2.0794 diperolehi di antara varieti IRBB5 dengan Lakatan Nilsong.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: polymorphism, microsatellite, homozygote genotype, Oryza Sativa. L, bacterial blight disease, locus
Subjects: ?? QR75-99.5_Bacteria ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Jun 2013 12:43
Last Modified: 23 Oct 2017 12:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6416

Actions (login required)

View Item View Item