Analisis kariotip bagi kromosom orkid liar Grammatophyllum Speciosum

Muhd Tamrin Tampa (2007) Analisis kariotip bagi kromosom orkid liar Grammatophyllum Speciosum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001175.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Analisis kariotip telah digunakan untuk menerangkan status filogenetik dan menyediakan maklumat penting bagi kedua-dua rancangan pemuliharaan in situ dan ex situ. Objektif bagi kajian ini adalah mengkaji bilangan kromosom bagi orkid liar, G. speciosum, dan mengkaji kariotipnya. Sarnpel kajian diarnbil daripada Orchid de Villa dan sumbangan peribadi. Kromosom mitosis dikaji dalarn sel meristem pada bahagian hujung akar. Bilangan kromosom yang diperhatikan berada pada julat 2n = 35 hingga 2n = 45. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, bilangan kromosom 2n = 40 mempunyai frekuensi yang paling tinggi. Ia menunjukkan bahawa bilangan kromosom somatik bagi spesies ini ialah 2n = 40 iaitu sarna seperti kajian sebelum ini. Dalarn kajian ini, formula kariotip bagi G. speciosum ialah 4m + 6sm + 2a + 6t bermaksud ia mengandungi empat kromosom metasentrik, enam kromosom submetasentrik, dua kromosom akrosentrik, enam kromosom telosentrik manakala sebanyak 22 kromosom lagi tidak diketahui bentuk relatifnya. Gambaran kariotip ini boleh dijadikan sebagai titik permulaan bagi kajian genetik ke atas spesies ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: karyotype, chromosome, wild orchid, phylogenetic, conservation plant
Subjects: Q Science > QH Natural history
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Jun 2013 12:19
Last Modified: 23 Oct 2017 12:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6418

Actions (login required)

View Item View Item