Kandungan fizikal air di muara Lagun Salut-Mengkabong, Sabah

Puspavalli Suppermaniam (2007) Kandungan fizikal air di muara Lagun Salut-Mengkabong, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001178.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan di muara Lagun Salut-Mengkabong yang terletak di pantai barat Sabah, Malaysia. Terdapat tiga transek yang telah dikenalpasti di bukaan utama muara Lagun Salut-Mengkabong, dan juga di kedua-dua laluan masuk Lagun Salut Mengkabong. Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji kandungan fizikal air lagun. Antara kndungan fizikal yang dikaji adalah suhu, saliniti, oksigen terlarut dan juga pH. Objektif kajian ini adalah,untuk memahami kandungan fizikal air lagun melalui variasi masa. Di samping itu, ia juga untuk tujuan pengukuran kandungan fizikal air lagun pada monsun yang berbeza. Semua parameter telah disukat dengan menggunakan YSI-multer sensor. Proses penyukatan dibuat pada air pasang purnama dan air pasang surut anak bagi bulan September 2005 (monsun timur laut) dan bulan Februari 2006 (monsun barat daya). Keputusan kajian menyatakan bahawa semua parameter yang dikaji mempunyai ikatan yang kuat dengan masa, air pasang-surut, aliran angin dan juga musim cuaca.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: variation of physical water, temperature, salinity, dissolved oxygen, pH, tidel inlet, local climate, wind action, time tide
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jun 2013 11:52
Last Modified: 23 Oct 2017 12:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6421

Actions (login required)

View Item View Item